03 May 2014

NEW L.O.V.E

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak ber-blogging.
Lama sangat.
Bukan takde masa, tapi ada yang lagi penting perlu buat.
Really??
*sigh
Hari ni dah 3 May 2014.
And dah masuk bulan Rejab.
Selamat beramal.

Alhamdulillah.
Dah lebih 2 bulan aku keja sebagai cikgu.
"Kindergarten's teacher"
Rezeki 2014.
My new love.
Aku dan budak-budak memang tak dapat dipisahkan.
haha

Ok la, not bad even kadang2 stress.
Cikgu melayu ajar anak cina.
Cabaran.
But, I love it.
Keletah dorang buat aku nak gelak je.
Nak marah pun tak sampai hati.
Alahai anak.

Teacher Fatin love uolls ketat2.
BJ Respectful 1st & FDP childrens.
You makes my day enjoyable everyday.

Sekian.

BJ KINDEELAND
Tc.'s TRAINING

BJ Tmn Daya CNY Celebration

MY Children BJ Respectful 1st



"and U also"

29 January 2014

DIY- WEDDING PHOTOPROPS

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni dah masuk 29 haribulan.
Tinggal lagi 2 hari sebelum majlis abang Gem.
Besok, inshaAllah balik palong timur.

Alhamdulillah.
Siap jugak photoprops untuk majlis bertandang abang Gem nanti.
Orang tengganu cakap kenduri sambut menantu.
Aku buat sendiri je.
Nak tempah tak sempat dah sebab Bik Uji lambat request nak benda alah nih.
So, nak senang, cepat dan jimat, DIY jer.. haha

Nak dipendekkan cerita, balik JB last week, terus gugel.
Sekarang kan dah senang. 
Hujung jari je.
Masalah rajin dengan tak jer.
Aku cari kat tenet je camne nak buat props2 bagai nih.
Dah tau, nanti keluar cari bahan-bahan jelah.
Maka, inilah hasilnya selepas seminggu bersengkang mata depan laptop.
ngeeee






Itu jelah aku mampu buat.
First trial.
Aku banyak gugel sana sini untuk rujukan.
Ada jugak props yang kita boleh print out terus dari tenet.
Macam mane buat, boleh klik kat SINI .
Aku punya cara simple je.

Print out words/designs yang korang nak dengan menggunakan glossy paper.
Then, gunting dan tampal kat kadbod paper. *optional
Letakkan batang lidi/aiskrim/chopstik kat props yang dah siap.
Finish.
*kalo taknak guna kadbod paper, boleh print pakai kertas yang
keras sikit n then laminate  sebelum gunting. (tahan lama n lagi cantik)

Aku pakai kadbod je sebab malas nak kuar pegi laminate kat kedai.
Jimat kos. *sigh
Ok lah.
Nak cite pasal wedding photoprops ni je.
Panjang berjela pulak jadi nya.
Selamat mencuba.

Untuk tempahan, boleh :
email, pm, dm, sms,wasep.
Harga boleh bincang. :-p





21 January 2014

2014

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah.
Selamat tahun baru.
haha.
Dah masuk 21 hari baru nak wish.
#ademakkesah#
Permulaan 2014, aku di JB.
Yeah, pecah rekod peribadi.
erk??
Bila nak balik tengganu, ai pun taktau lagi.
Orang2 kampung, sila bersabar yer.
Keje aku di sining dok selesai lagik ning.
Bisnes pun kejap laju, kejap slow.
Belum stabil lagi.
Azam 2014? opkos la ada.
Tapi takpe, tolak tepi dulu.
Nothing importanto untuk dipahat di sini.
*muntah hijau*
Cuma satu je.
Fokus tahun ni nak carik kerja.
Harus! Perlu! Mesti!
Pasal sambung blaja, KIV dulu.
Kena stabil kan ekonomi dulu sebab mak bapak aku bukannya menongkat langit.
Alhamdulillah, bisnes online ni sedikit sebanyak membantu jugak.
Syukur.
Yang penting kena berusaha & sentiasa berfikiran positif.
Allah kan ada.

Ni sebahagian drpd barang yg aku jual.

At least, dapat cari side income sendiri walau tak banyak kan.
Aku masih mentah dan kena blaja dgn lebih gigih lagi.
Go Fatin Go!
haha..tetiba.
Rezeki dari Dia.
Dia dah tentukan.
So, terima jela dengan senang hati.



Amin.
Permulaan tahun ni agak sibuk.
Temuduga kerja, training, bisnes dll.
Lepas ni nak buat wedding props utk abang Gem pulak.
Dah survey2 sana sini.
Mungkin nanti DIY je. 
Save budget.
Last minute order from Bik Uji. Mak sedara abang Ebal.
Nanti la, kalo menjadi benda alah tu, aku publish kat sini.
Okeh. gtg.
Dah lewat. Baju kakNuru belum gosok lagi.
Kang bising pulak pagi besok. 
haha
Salam.


"al-fatihah buat arwah atok B."









19 December 2013

THE MEANING OF LIFE

Assalamualaikum w.b.t

Hola.
Seperti biasa, lama tak hapdet.
(Ayat yang cliche)
*sigh
Last updated 1st Nov.
Lepas tu terus menyepi.
Kann

Sebulan lebih mencampakkan diri ke sana sini.
**SENGAJA
Beri peluang pada diri sendiri untuk mengenal dunia.
Ceh, ayat macam ape jer.
#throwback
BERCUTI.
Dari Ajil, balik Marang sekejap.
Lepas tu terus bercuti.
Unplanned holiday.
KL-S'GOR-JOHOR-MELAKA-N.9-KL-PAHANG-T'GANU
Tapi paling lama aku stay kat JB.
Tersangkut kat situ.
Now, tercampak balik ke Ajil.
Tapi besok balik marang dah.
Special request from BIL.
Lepas tu, mungkin ke JB lagi 27hb ni.
InshaAllah.
Ada urusan di sana.

Okeh.
Bab2 merepek merapu takde hape nak tulis memang aku suka.
Saja-saja nak memenuhkan blog achieve  untuk tahun ni.
Maybe this is my second last entry for 2013.
Nak merangka perubahan untuk achieve 2014.
Nanti last entry 2013 aku story kalau rajin.
Hanya merancang.

LBNL,
jom layan video kat bawah ni.
My fren, SF, shared video nih kat fb.
Sangat2 touching.
Sangat2 meaningful.
So, aku kan rajin bab godek2 cari kat youtube.
Jumpa.
Let's check it out.
Sharing is caring.

:: THE MEANING OF LIFE ::





"Allah, The Creator of the everything along with every single soul"

"Dont ask any questions, just go with the flow"

"READ. Until your last breath"

Deep



'Termenung sejenak dan hujan"