24 October 2013

HOMEMADE SNACK - POPIA NESTUM

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang u'olls.
Wahhhh
Rajin pulak aku hapdet belog bulan ni kan.
haha

Ok.
Kali ni nak share resepi pulak.
2 hari lepas aku buat popia nestum.
Anak-anak buah request nak makan.
Dah nak masuk 2 bulan aku kat sini, baru kelmarin dapat tunaikan.
Sorry anak-anak.
Cikde sibuk n opkos la malas nak buat.
hihihi
Actually benda ni senang je nak buat asalkan ada bahan utama.
Kulit popia dan nestum.
Tapi kali ni aku tambah letak milo.
Kasi ada rasa coklat-coklat sikit.
Then, cara nak buat gugel je.
Aku pun baru tahun lepas belajar buat nih daripada classmate, Haida.
Buat untuk raye.
Berminat nak cuba buat lepas try makan yang dia bawak mase zaman blaja dulu.
Bila dah tau buat n anak-anak buah suka, selalu la mintak nak makan lagi.
Benda ni sekejap je habis kalo buat.
Oke lah.
Taknak sembang panjang-panjang.
Let's check it out.

J POPIA NESTUM + MILO J

Bahan :
Sebungkus kulit popia
Nestum 
(yg biase tu je)
2 sudu besar serbuk milo
1 sudu besar gula
Tepung & air
(bahan pelekat)
Minyak masak

Cara-cara : 
1. Amik sekeping kulit popia dan gulungkan sampai habis. 
2. Sapukan bahagian hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.
3. Ulang step 1 dan step 2 sampai habis kesemua kulit popia.
4. Potong serong semua gulungan kulit tadi.


5. Panaskan minyak dalam kuali, then goreng sampai agak-agak dah garing.
6. Bila kulit popia dah bertukar perang, angkat dan toskan sampai kering minyak.
7. Biarkan sejuk seketika.
8. Sementara tunggu popia sejuk, blend nestum,milo dan gula sampai halus (campurkan).
9. Bila popia dah sejuk, gaul dengan campuran serbuk tadi.


10. Siap. Tadaa

penataan cahaya kurang memuaskan L

Nilah hasilnya.
Aku buat 1 bungkus kulit popia.
Dalam tu ada 50 keping.
Boleh la 1 tupperware ni.
Stok untuk seminggu.
Senang, nak makan dah ready made.
Homemade snack.
Kos buat tak sampai RM10 pun.
Kalo beli kat luar, mahal gak and ciput je.
hehe
SELAMAT MENCUBA J



*nota kaki*
Sukatan nestum,milo,gula ikut selera masing-masing.
Nak lebih manis,lebih serbuk, sila tambah sendiri.
Yang kat atas just nice. J
Boleh jugak gantikan nestum dengan cornflakes.





"after 3 years. ???"






No comments: