31 December 2010

BYE BYE 2010

Assalamualaikum
Tahun 2010 dah semakin hampir ke penghujungnya..xsabar jugak nak menanti kehadiran 2011.banyak harapan dan rancangan yg telah aku atur bagi sesi 2011.walaubagaimanapun,aku hanya merancang tapi Allah yang lebih berhak menentukannya..banyak jgk kenangan tercipta bagi tahun 2010.ada manis n ada jgk pahit..so,forget the past if it's hurt n recall it if it's nice..we can't change the pass..hmmm...ade btul jgk mcm 2..segala pahit n manis telah aku tempoh dgn izinNya..Terima kasih Ya Allah..aku nak lupakan segala yang pahit itu dan nak kenang yg manis saje..Tahun 2010 banyak menyaksikan air mata aku menitis dan paling ingin aku lupakan adalah tanggal 5 may 2010..Begitu pahit utk di kenang..Harapan ku,semoga aku diberi kekuatan yg lebih lg utk menempuh tahun 2011.InsyaAllah..i'm not alone 2 continue my journey..i've Allah beside me.Terima kasih atas kegembiraan yang aku kecapi pada tahun ini..Penutup bagi tahun ni,aku da pndai masak sup aym kg,mee hailam n nasi ayam..n yg paling bez dpt mkn chicken chop..hehehe...syukur...
Kenangan tahun 2010 yg xkan dilupakan...i'll be miss it..












Kenangan ngn dak umah B3 1 paling sukar utk dilupakan..
segala pahit n manis sume ade.
i luv u all so much..
next sem adalah sem terakhir kite bersama 1 umah..
xkan aku dpt lupakan korg sume..
thanks a lot sbb sudi jd kwn aku n gembirakan..
n
i luv u too my madu,, SFIK..hehe


Penguat semangat



Selamat Tahun Baru..
Salam 2011..
" Forget the past bcoz it's can't be change,
and plan the future bcoz there's still chance to be change.."
InsyaAllah..


27 December 2010

AT LAST

Assalamualaikum...

wahhhh...
skang da nak masuk pukul 2.30 pagi..
Berjaga lagi aku malam ni..isy3...
hehe..
jap ag aku tido la..
Mata ni pun da makin berat ni..hihi..
Akhirnya ciap jugak cerita cinta aku..hahaha..
Cinta ke??
Setelah 2 minggu aku mencari idea,ciap jugak..
Ntah pape aku punye karangan nih..
I'm a kids..
ahaks.budak-budak ke??
Bile aku nk share kt cni..masih dalam perbincangan..huhu...
aku sendiri tak yakin..isy3..
"KALAU NAK JADI SEORANG PENULIS,
ANDA HARUSLAH YAKIN DENGAN KARYA ANDA"
hehehe...
kata-kata daripada penasihat terhormat...
InsyaAllah,,lau aku rajin,,akanku post di cini nti..
tapi apakah tajuknya????
opppsssssss...terlupa pulak..
sebenarnya belum ada tajuk lagi...
any ideas???
besok la aku pkirkan ya....hihihi...

Oh ya,
Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia..
- BOLA SEPAK-
Tahniah...keep it up..
Semoga berjaya lagi 29 dis nanti..
teringat pulak kata-kata ni..
"YANG MENANG DIPUJI,YANG KALAH DIKEJI"
huhu..
adat dunia..

Ok..pens-off...gudnite n wasalam..(^_^)

19 December 2010

DALAM SUJUD CINTAKU

Assalamualaikum..


Malam ni rindu pulak nk layan lagu ni..hihi..
’’ Dalam sujud cintaku’’ 
versi perempuan plak..hik3..

KAU berikanku segala-galanya
Dan KAU mengujiku dengan cinta dunia yang sungguh indah
Dan KAU hiaskannya dengan intan permata
Dengan jua lelaki dan kedudukannya
Memalingkanku daripadaMU
Dalam menikmati kurniaanMU
Tak terucap lafaz terima kasihku
Namun untuk jadi yang terbaik
Juga masih belum ku mampu
Dalam sujud cintaku
Fana ku diulit rindu
Getirnya cemas di kalbuku takut hidup tanpa redhaMU
Hanya kepadaMU Tuhanku
Aku hidup dan ku akan kembali padaMU
Hanya padaMU
Dalam sujud cintaku
KAU berikanku segala-galanya
Dan KAU mngujiku dengan cinta dunia yang sungguh indah
Dan KAU janjikanku dengan ayat-ayatMU
Di sana menanti,di syurga KAU penuhi dengan cinta dan kasihMU
Ya Rabbi..

17 December 2010

BERFIKIR SEJENAK

Assalamualaikum.


Allah cinta pada yg beriman,
Allah cinta pada yg bersabar,
Allah cinta pada yg berzikir,
Allah cinta pada yg berusaha,
Allah cinta pada yg bersyukur...

14 December 2010

TELAH TERTULIS

Assalamualaikum.

Surah An Nur: 26

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, 
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), 
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik 
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). 
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan
 oleh mereka (yang menuduh itu).
 Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga)

11 December 2010

I is JIWANG

Assalamualaikum.

Wahai pemilik cintaku

Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu



Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?

Wahai bakal pendamping hidupku
Aku ingin mencintamu kerana Allah

Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah

Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh

Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya



Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?



"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, 
dua tangan untuk memegang, 
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. 
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? 
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati 
pada seseorang untuk kita mencarinya..."
‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia 
tidak boleh dilihat, dipegang.
 Namun begitu… 
ia boleh dirasai dalam hati..."

02 December 2010

TAK MUNGKIN KERNA SAYANG

Assalamualaikum..
Jom layan lagu ni hari ni....


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


16 November 2010

SUP AYAM KAMPUNG

Assalamualaikum...

Mari memasak??
hrmmm..
knpe ye??
hari ni aku memasak utk lunch..
masak pe??
aku blaja buat sup ayam kampung..
gabungan resepi dr Kak Nurul n Ummi..
so hasilnye??
S.E.D.A.P!!!
hehehe...
Ku mkn smpai hirup kuah sup td..
xpenah ku mkn sup smpai mcm 2 skali,,tp yg aku masak td.....
hihi..
Terase bangga d ctu..
ummi,,jgn jelez ye..hehe..

Rupe2nye,,x susah pun nk buat sup..
aku je yg mlas nk blaja..hehe..
itulah TFTD...


Resepi sup aym kg :
1stly sdiakn bhn2nye dulu..
- ayam kampung
- bwg besar (di hiris)
- cili ( di ketuk)
- halia (di hiris)
- bwg putih ( di ketuk)
- bwg merah (di kisar)
- asam keping
- perencah sup
- bunga lawang,kulit kayu manis,cengkih
- ubi kentang (klau perlu)
- garam,gula secukup rasa
- daun sup
- air

cara penyediaannya :
1) panaskn minyak dlm periuk.
2) dah panas,tumis bwg bsr,bwg putih,halia,cili,bunga lawang,
kulit kayu manis,cengkih n bwg merah yg dikisar sampai garing/naik bau.
3) masukkan perencah sup + air sdikit.
4) masukkan ayam n kacau hingga sebati.
5) lbh kurang 5 mnit lps 2,msukkan air scukupnya..
6) masukkan ubi kentang, asam keping,garam n gula scukup rase..
7) biar sehingga mendidih supaya aym n ubi empuk n masak.
8) tabur daun sup n sedia utk di hidang..
hehehehe..

itulah bahan2 n cara2 aku msak sup aym td..
myb lain org,lain cara kn..
selamat mcuba..
huhu..

Besok,,blaja buat kuah kacang utk nasi impit plak
sempena mnyambut AIDILADHA..

''SALAM AIDIL ADHA''
kpd smua muslimin n muslimah..
especially bt kwn2 MLT sem3
n
dak2 umah B-3/1..


15 November 2010

DOA MENGHILANGKAN KEDUKAAN

Bismillahirahmanirrahim

Tiada tuhan selain Allah yg Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘Arasy yg agung.Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yg Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik ‘Arasy yg mulia.Wahai Dzat yg Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.


Ya Allah, hanya rahmat-Mu yg kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayang-Mu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampun kepada Allah, yg tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepada-Nya.
Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg telah berbuat zalim.

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuan-Mu. Hidupku ada ditangan-Mu.Telah berlalu qadha-Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku.Aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diri-Mu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam Kitab-Mu, yang telah Engkau ajarkan kepada seorang di antara makhluk-Mu (Nabi-Mu), atau dengan semua nama-Mu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisi-Mu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yg rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

Cukuplah Allah bagi kita dan Dialah adalah sebagai sebaik-baik Pelindung….

Amin...

Doa ini ku petik dr seorang teman..

27 October 2010

SYUKUR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
Akhirnya ciap jgk assignment aku..hihi...
sibuk giler skang ni...
byk sgt keje b4 start stdy week...
penat2...
tu lah adat seorg pelajar..huhu..
so,,now nk off n tdo..
b4 tdo,,,
mesti amik wuduk,
bdoa,,
mengucap 2 kalimah syahadah
n
bace doa tdo...

then....
zzzzzzzzzzzzz....

23 October 2010

STUDY,STUDY,STUDY n STADO.

Assalamualaikum..

Hari ni penat gler2..
dah ckup 7 hari utk mngu ni aku x cuti..
Dari hari Ahad - Sabtu dipenuhi dgn kelas n aktiviti...
so tired....huhu..
Nak recall balik pe yg aku dah lalui utk 7hari yg indah itu...hehe..

AHAD : Bermula pkul 11-12am,,kelas hematologi 2.
Pukul 2.30-4.00pm,, kelas imunohema 1
Pukul 5.00-7.00pm,, field trip parasitologi 2 kt kg.Manir.
(dlm keadaan perut sakit..huk3)
Pukul 9.30-11.30pm,,p mydin mall n jln2 pusing k.tganu..

ISNIN : Start kul 11.00am-1.00pm,,lab parasite.-process sample semalam..
Pukul 2.00-4.00pm,,lab histopath 2.

SELASA : oppsss..aku x p kelas hari tu..MC..sakit lagi..huk3
(kepala pening gler,,myb migrain mnyerang..haha..4bji panadol ak telan)

RABU : Start kul 10.00-11.00am,,conass histopath 2 (test)
Pkul 11.00am-1.00pm,,kelas hematologi 2..
ptg kelas batal n kebetulan perut ak sakit lg..BERPANTANG!!

KHAMIS : Start kul 8.30-10.00am,,conass chempath 2 (test)
Pukul 11.00am-1.00pm,,kelas agama n hafazan (test)
Pukul 2.30-3.30pm,,kelas microbiology 2

JUMAAT : Start kul 8.00-11.00am,,kelas cytology 1
Pukul 11.00-12.30pm,,lab cyto.(observe slide ''pap smear'')
Pukul 2.30-4.00pm,,OSPE cyto (test)

SABTU : Start kul 7.30am,,naik bas p Tok Jembal..(Ko-equastarian)
9.00-9.30am,,taklimat sal ''HORSE DAY CARE''..
9.30-10.30am,,bg tunjukajar kt dak2 baru ttg kuda.
11.00-12.00am,,ajar cara2 nk pasang alatan tuk tunggang kuda..
2.30-4.00pm,,bwk kuda jln2 n ajar dak2 riding kuda..
kul 5.00pm,mjlis pnutup Bengkel Ko-equastarian..
(dpt hadiah utk group tenaga pngajar terbaik..group 2 n 6)..hihi..
kul 5.30pm,,balik n 6.30pm,,smpai hostel..P.E.N.A.T!!!

Now,,
i need to study b4 stado..hik8..
hari isnin nanti ade conass parasite 2..
Assignment,lab report n field trip report blm ciap lg..
KENA CIAPKAN!!!

Besok kena bgn awal..ade UCW kt KUSZA..
7.30AM-6.00PM...
Kul 2.30pm-4.30pm,,jge booth MLT utk hari kesihatan...
(nak derma darah)..hehehe...

Penatnye nk mjalani hari2 utk mngu terakhir b4 stdy week....huk8..
ape2 pun,,chayok3 FATIN!!!

22 October 2010

DOA

Assalamualaikum.
Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.
Kata-kata ini aku petik dari sebuah rencana yg membuatkan aku sedar segala-galanya datang dari Allah s.w.t.Aku redha n terima Qada' dan QadarNya..
Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...
Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...

Ingatlah...
''Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya''
(Al-Baqarah:286)

21 October 2010

WHAT'S ON MY MIND??

Assalamulaikum..

''WHAT'S ON MY MIND???''
hrmm...
Byk yg sdang aku pkirkn skrg ni..
Ade yg penting n ade yg tak...huhu...
Ade2 je aku ni..

Ape yg penting 2??
- JANGAN TINGGAL SOLAT n SELALU MENGAJI...huhu..
- FINAL EXAM...is around the corner...need 2 stdy smart!!
- kena manfaatkan cuti STDY WEEK sbaik mungkin!!
- jaga kesihatan baik2..akhir2 ni sakit je..(FATIN,,kna berpantang!!)
- JANGAN BOROS!!!
- Lupakan dulu sal CINTA...haha..(penting ke??)
- BALIK KAMPUNG...rindu sgt kt Adam..
- jgn terlalu 'pressure'..ALWEZ BE HAPPY..
- JAUHKAN DIRI dr FACEBOOK..hik8
- JGN KUAT TIDO n KAWAL MAKAN ble stress..hehe..

Ape yg tak penting??
- xyah 'caring' sgt..hihi
- xperlu buke hati utk sape2 lagi..(ONLY 4 ALLAH)
- jgn pk perkara yg remeh-temeh!!!

Maybe 2 je dlu yg aku nk senaraikan..dah xtau nk tulis ape..huhu..Ape lagi ek yg aku ase skang ni??Kalau di ikutkan hati ni,,nk je aku coretkn smua yg aku ase n pendamkan..tapi,,ase mcm xperlu kot..huhu..hmmm...I need sumone 2 talk,,but who??seseorg yg btl2 mngenali dri ini..yg dapat memberi aku nasihat n teguran yg berguna utk aku praktikkan dlm kehidupan seharian aku ni..Siape yg mahu mdengar keluhan n luahan dari aku ini..??My rumate??My parent??My friends??My soul??haha...Ade ke 'My soul 2??'...


I miss sumone...sumone yg byk mmbantu aku...yg memberi sgala nasihat n teguran bt diri ini..dah lame x contact...Dia sibuk dgn tugasan nye..Exam dah dekat..Mybe i need him 2 talk..hmmm..mcm lirik lgu U RAISE ME UP... ''i'm strong when i on ur shoulder''...huhu..jiwang2..Abg Iqbal...need ur help...Sedarkanlah diri ini skali lagi supaya x terkapai-kapai lagi..huk8..Kak Nuyu...miss u too...

~nice couple~

La tahzan ya FATIN..
ingat pesanan B,,

''Bukan hanya kita yg bermasalah,
bukan hanya kita yg sengsara,
bukan hanya kita yg bahagia,
Fitrahnya manusia itu berkasih sayang,
saling mencintai dan saling berbagi,
Allah has HIS ways to teach us HIS lessons.
And HE knows for sure our capacity.
HE knows well that we can endure it.''


So,,senyumlah utk hari2 sterusnye..
Ingat...
''ADA PELANGI SELEPAS HUJAN'' 
 n 
aku mesti mencarinye utk lengkapkan hidup aku...
InsyaAllah...



13 October 2010

BAGAIMANA?

Assalamualaikum..
Bersua lagi aku di ruangan ini...
Kenapa ya??
hmmm...
Aku mulakan kata2 dgn iringan keluhan..
MasyaAllah...
mcm tak beryukur je..
Hari ni aku nk luahkan ape yg aku rase skang ni..
Takde info aku nak kongsikan cume nak
meluahkan pe yg aku ase...
Bagaimana aku nk mulakan ye...???
Macam complicated je...huhu...
pening2...


Kenapa susah sgt diri ini nk melupakan diri mu??
sedangkan kita telah lame berpisah..

Ape perasaan aku skang terhadap dia??
Rase2nye sudah tiade lagi prasaan CINTA buat dirinya..
tapi,
sukarnye nak melupakan dirimu..
Ya Allah,,berilah kekuatan pada diri ini..
Tak sanggup lagi aku begini...

Betul kata org...
'' It may take only a minute to LIKE someone,
only an hour to HAVE A CRUSH ON someone,
and only a day to LOVE someone
BUT
it will take a lifetime to FORGET someone...''

Bagaimana pula cara nk lupakan org itu??
sudah puas aku pk n berusaha...
tapi...
hrmmmmm...
sabarlah FATIN....
Allah sayang pada orang yg banyak bersabar...

''USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN''
INSYAALLAH....


So, first thing that I've to do is :

- Firstly,ingat pada ALLAH S.W.T.
- sibukkan diri dgn keje2 lain..
- betul2 fokus pd stdy..it's my PRIORITY !!
- Block name die dlm ingatan aku..haha
- try 2 find another guy???
- MENGAJI !!!
''DON'T THINK SO HARD ABOUT LOVE''

Pulihkan semangat aku dulu..
jgn cepat mngalah wahai diri ini..
Ape yg dah terjadi sememangnya bukan kemahuan aku..
BUT,,,
i've to accept it..
mungkin ade hikmah di sebalik semua ini..
Ade sbb Allah temukan kite dgn org yg salah...
dan...aku tak pernah salahkan takdir yg telah d tetapkan...

Juz wait n c wat will happen after dis..
Aku harapkan sumenye baik2 saje..

Ya Allah Ya Tuhanku...
Temukanlah padaku JODOH yg terbaik utk
DIRIKU,
AGAMAKU,
DUNIA DAN AKHIRATKU...
Yang mendapat KEREDHAAN dariMU Ya Tuhanku..
Yang dapat MEMBIMBING diriku ke arah jalanMU YA RABBI..
AMIN....