16 November 2010

SUP AYAM KAMPUNG

Assalamualaikum...

Mari memasak??
hrmmm..
knpe ye??
hari ni aku memasak utk lunch..
masak pe??
aku blaja buat sup ayam kampung..
gabungan resepi dr Kak Nurul n Ummi..
so hasilnye??
S.E.D.A.P!!!
hehehe...
Ku mkn smpai hirup kuah sup td..
xpenah ku mkn sup smpai mcm 2 skali,,tp yg aku masak td.....
hihi..
Terase bangga d ctu..
ummi,,jgn jelez ye..hehe..

Rupe2nye,,x susah pun nk buat sup..
aku je yg mlas nk blaja..hehe..
itulah TFTD...


Resepi sup aym kg :
1stly sdiakn bhn2nye dulu..
- ayam kampung
- bwg besar (di hiris)
- cili ( di ketuk)
- halia (di hiris)
- bwg putih ( di ketuk)
- bwg merah (di kisar)
- asam keping
- perencah sup
- bunga lawang,kulit kayu manis,cengkih
- ubi kentang (klau perlu)
- garam,gula secukup rasa
- daun sup
- air

cara penyediaannya :
1) panaskn minyak dlm periuk.
2) dah panas,tumis bwg bsr,bwg putih,halia,cili,bunga lawang,
kulit kayu manis,cengkih n bwg merah yg dikisar sampai garing/naik bau.
3) masukkan perencah sup + air sdikit.
4) masukkan ayam n kacau hingga sebati.
5) lbh kurang 5 mnit lps 2,msukkan air scukupnya..
6) masukkan ubi kentang, asam keping,garam n gula scukup rase..
7) biar sehingga mendidih supaya aym n ubi empuk n masak.
8) tabur daun sup n sedia utk di hidang..
hehehehe..

itulah bahan2 n cara2 aku msak sup aym td..
myb lain org,lain cara kn..
selamat mcuba..
huhu..

Besok,,blaja buat kuah kacang utk nasi impit plak
sempena mnyambut AIDILADHA..

''SALAM AIDIL ADHA''
kpd smua muslimin n muslimah..
especially bt kwn2 MLT sem3
n
dak2 umah B-3/1..


15 November 2010

DOA MENGHILANGKAN KEDUKAAN

Bismillahirahmanirrahim

Tiada tuhan selain Allah yg Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘Arasy yg agung.Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yg Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik ‘Arasy yg mulia.Wahai Dzat yg Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.


Ya Allah, hanya rahmat-Mu yg kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayang-Mu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampun kepada Allah, yg tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepada-Nya.
Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg telah berbuat zalim.

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuan-Mu. Hidupku ada ditangan-Mu.Telah berlalu qadha-Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku.Aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diri-Mu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam Kitab-Mu, yang telah Engkau ajarkan kepada seorang di antara makhluk-Mu (Nabi-Mu), atau dengan semua nama-Mu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisi-Mu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yg rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

Cukuplah Allah bagi kita dan Dialah adalah sebagai sebaik-baik Pelindung….

Amin...

Doa ini ku petik dr seorang teman..