27 July 2012

BERBUKA BERSAMA MERTUA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana masih lagi berpeluang untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Dah nak masuk 7 hari kita berpuasa. Cepat je masa berlalu sekarang. Semoga setiap hari dipenuhi dengan ibadat-ibadat sunat yang besar ganjarannya. Amin..

Okes. Berbalik pada tajuk entree kat atas tu.. BERBUKA dengan MERTUA??? Bila kau kawin cikTuan oi?? hehe.. Saja je buat gempak (gempak ker??).. Sebenarnya mertua akak aku la.. Tadi pertama kali berbuka dengan keluarga sebelah abang ipar aku. Dah tiga kali berbuka dengan famili aku, so kali ni belah sana pulak. Nantikan ada yang tarik muncung berdepa-depa.. hihi.. Hajat di hati taknak folo, tapi macam tak sanggup pulak kan kena tinggal n berbuka sorang-sorang.. So, pegi jela.. Bukan jauh sangat pun dari umah akak aku ni. Ajil - Felda Jerangau, tak sampai setengah jam pun.. Sama je jarak kalo balik umah famili aku. 

Lebih kurang pukul 6 lebih bertolak, singgah tepi jalan beli kuih itu ini, dekat pukul 6.40 petang sampai sana. Turut sama balik berbuka famili akak sulung abang ipar aku je. Nasib tak ramai, kalo tak segan jugak aku nih.. ngee.. So, total semua yang ada berbuka tadi aku, akak aku, abg ipar aku, anak-anak buah aku 4 org, akak ipar akak aku, biras akak aku, anak buah akak aku sorang n mak mertua akak aku.. Itu je.. Tak riuh sangat la.. Menu berbuka tadi pun simple je, masakan kampung.. Nasi putih, masak lemak pucuk ubi, ayam kampung goreng kunyit, ayam bandar goreng kunyit (utk mereka yg tak makan ayam kmpung), rojak perut, bubur lambuk, budu, kuih muih, kurma, air tebu, n air laici.. Sangat-sangat  menyelerakan walaupun makanan kampung je.. Semua aku bedal kecuali budu.. (segan sebab jauh sangat nak amik padahal feveret tu) kuikuikui.. Makan pun cover-cover je.. Kalo kat umah sendiri, semua benda aku capai je..hakhakhak (buruk perangai).. Dengan famili mertua akak aku pun dah segan-segan malu-malu, nanti kalo dengan bakal famili mertua sendiri macam mane?? hewhewhew (taknak bayangkan lagi ~,<) Tadi pun dah macam apa je, kejap-kejap di pelawa makan itu n ini.. "Fatin, makan la sayur tu.. Tak makan ke sayur tu?", "Fatin, tambah la lagi nasi tu..", "Fatin, tak makan bubur lambuk ke?", "Fatin, nak air apa?", " Fatin, fatin fatin..."(yg ni takde pun dlm dialog).... hikhik.. Dan reaksi aku, " Ya, ya, nanti makan.." Asik-asik angguk kepala je... Suara? Hampir tak keluar.. huhu.. Nebes mak... Takkan semua nak sumbat time tu jugak.. Pecah perut ai tau.. (yeke??)

Haha.. Agak pemalu di situ yer.. Adoi.. Sabar je la kalo dapat menantu macam aku ni.. Pemalu yg amat!! :P Oh tidak... Takpe, lambat lagi giliran aku.. Boleh praktis lagi.. kuakuakua.. Oh ya, lepas terawih tadi, pekena durian 2,3 bijik.. Memang superb la.. Sedap giler.. Segala macam makanan yang ada, aku telan je.. Amik hati tuan rumah.. hehe. So, nilah je motip aku karang panjang lebar entree kali ni.. Takde pun yang gempak-gempak sebenarnya.. @_@ Yang penting besok nak shopping.. Gaji dah masuk!! heheee

Bagi mereka-mereka yg dah kawen or bakal kawen or tak kawen lagi, meh kita layan cerpen ni.. Cerita ni tahun lepas punya, tapi saja-saja je nak flashback.. "RENDANG MENANTU" Walaupun raya lambat lagi, kot-kot ada yang nak praktis, layan jelah cerpen ni ya!! 




"Pesanan berbuka dari Dia"
Bahagia




20 July 2012

KITA JUMPA LAGI

Assalamualaikum w.b.t


Jiwa terusik..
Sungguh..
Hati tak pandai menipu..
Redhakah aku??
Past is past...
>___________<

Fullstop!!





::Ramadan kedua tanpanya::
"Al-Fatihah"

14 July 2012

THE DON'T QUIT

Assalamulaikum w.b.t



Tenang dan tenteram..
Ingat janji Dia..



::Makan malam::
Nasi putih
Ikan terubuk masin 
(goreng + cili kering,bawang besar + perahan asam limau)
Ayam goreng sos tiram
Sambal kicap

#Begitu menyelerakan walau hati :-/




"Life's is tough,handle with prayer"


12 July 2012

HARAPAN DAN IMPIAN

Assalamualaikum w.b.t


Walau kata-kata yg meniti di bibir ini menafikan,
tapi jauh di sudut hati sangat mengharapkannya..




Adakah mimpi itu akan menjadi kenyataan
yang menggembirakan atau sebaliknya?

-Hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buatku-
Ameen



"Panggilan rezeki"

10 July 2012

OLE-OLE DARI LANGKAWI

Assalamualaikum w.b.t


Sebut je Langkawi, mesti terbayang coklat-coklat
yg sedap dijual kat sana..
huhu
Memang benda tu pertama sekali terlintas kat otak..
Dan 3 benda nilah yg buat anak-anak buah aku gembira sakan..
Coklat
Coklat
Coklat
*sigh*

Pesanan yg dikirim dapat semalam..
So, kesian pintu fridge..
Asik-asik bukak tutup je 24jam..
Dan dengan jayanya, aku dah makan 10 biji coklat DAIM today..
T_______________T


VOCHELLE
Dapat 2 kotak n baru 2 keping selamat..
Not my taste :)


KISSES-HERSHEY'S
Dalam tu ada badam,tapi aku tak suke sangat..
Manis n tebal coklatnye..Kutip badam je i loike :P


DAIM!!
My favourite..
Coklat tak banyak sangat n very2 crunchy..

Maap..
Gambar-gambar di atas aku amik dari Google jer..
Dah makan banyak-banyak, malas nak snap pic sendirik..
hewhewhew



"Terima kasih daun keladi"


09 July 2012

RAGAM KAMI

Assalamualaikum w.b.t

tagged from Eyma

1001 kenangan..
Thanks Eymaji..
Mengembalikan kenangan dolu-dolu..
Terapi minda dan jiwa..
Hanya yang merasainya saja tau setiap watak yg dilukis..




"Lafaz yg tersimpan"

07 July 2012

30 MINIT BERSAMAMU

Assalamualaikum w.b.t

Panggilan rindu setengah jam?
Mungkin sekejap bagi pasangan yg tengah hangat bercinta..
Tapi,
bagi aku, sangat-sangat lama..
'Dead air'
T_______T

Ya, aku sedikit kekok..
Nak berbual mesra seperti dulu..
Maaf..
Walau baru 3 bulan kita tak bersua muka..
Sekadar SMS penghubung kata..
Yang pasti, rindu itu tetap ada..

Thanks B..



"Marang-Kuantan"



04 July 2012

BUKU BARU

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini 14 Syaaban. Malam ini masuk sahaja Maghrib adalah malam Nisfu Syaaban.. Jom Hayati hadis ini :

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" 

Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" 

Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." 
(Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.)

copy from FB..

Semoga segala amalan yang telah kita lakukan diterima olehNya..Amin.. 0-0




" Tiada apa yang diharapkan dalam hidup ini
melainkan menjadi hamba kepada yang Maha Esa'"







02 July 2012

TUMIS AIR SAYUR BAYAM MERAH

Assalamualaikum w.b.t

Tadi lunch, aku masak sayur bayam. Tumis air je.. Semalam akak aku beli seikat bayam merah.. So, tumis air je la kan.. Senang n simple jew.. Ini pun kali pertama aku masak.. Sebelum-sebelum ni mana pernah masak pakai sayur bayam.. Aku tak pernah makan pun..hehe.. Jadinya, try n error je la kan.. Masak macam nak buat tumis air sayur-sayur lain jugak.. Pepandai la modified jugekss.. T___________T

Bahan-bahan : 
Bayam merah (4 org makan)
Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk kasar)*
Bawang putih - 3 ulas (dihiris)*
Cili padi - 3 biji (ditumbuk kasar)*
Ikan bilis - segenggam (ditumbuk kasar)*
Air
Garam perasa secukupnya

Cara masak : 
Mula-mula, potong batang bayam yg keras tu n daunnya, bersihkan dan toskan. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak masak. Minyak dah panas, tumis bahan-bahan bertanda sampai garing/naik bau. Pastu masukkan air sebanyak separuh periuk (tak perlu terlalu banyak air, agak2 sendiri la ya!). Biarkan sehingga mendidih dan perasakan dengan garam ++ secukupnya (garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin). Dah mendidih, masukkan sayur bayam dan reneh sampai dah agak2 masak (tak perlu lama-lama masak bayam). Tutup api dan sedia untuk dihidang..

Ihsan@google


Okeh.. Itu cara aku masak.. Mungkin anda-anda di luar sana lain pulak kan.. Ikut citarasa masing-masing.. Dah siap masak, hidang dengan nasi puteh panas2, ikan cencaru goreng + udang goreng n budu.. Memang superb!! Hancus diet aku sebab ada penambah selera --> B.U.D.U  T______T


sekian.



"Dinner- KFC wif  mereka"