09 August 2011

KESAYANGAN

Assalamualaikum...


Aku nak gtau di sini
" Sesungguhnya aku sayang sangat kat mak ayah aku !! "
1 impian yg aku simpan dan belum terlaksana lagi..
" Mie, Ku.. doakan kejayaan org..
Org nak kumpul duit nak hantar Mie n Ku pegi wat haji.."
InsyaAllah..Amin..

Tuan Daud @ Tuan Abdullah B Tuan Deraman
&
Zaiton Bt Mohd Nor

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
Lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka padaku,
Pahala atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka,
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan Perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila Maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan Santunan-Mu,
Di tempat kediaman yang dinaungi Kemuliaan-Mu,
Ampunan-Mu serta Rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta Anugerah yang tidak berakhir,
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua Pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin...




" Ya Allah,suburkanlah rasa cintaku pada si dia
seperti rasa cinta kedua org tuaku.. "

2 comments:

Mama Un-A-nas said...

insyaAllah..moga Allah makbulkan niat baik kamu :)

cik TUAN ^^ said...

thnx hanem..amin