Assalamualaikum...
Actually takde idea nak mengarang..hehe..juz nak share sumthing here..ape dia ?? Novel pilihan aku..haha..ntah pape je kan..tulah,takde keje, tapi nak jgk semakkan entry ni.. ~
Aku ase mesti ramai girls2 yg suke bace novel n salah sorgnye adalah AKU!! hikhik.. Tak salah pun ade hobi tu.. "MEMBACA AMALAN MULIA".. hihi.. tak kesah la nak cakap bace novel tu jiwang ke hape..dah minat,, layan jela babe... ^.^ so, xnak bebel pnjang2..meh tgk novel pe yg aku minat sgt nak wat tambah koleksi...
:
:
:
:
:
V
Novel 1
Sinopsis : Perkahwinan adalah ikatan
terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup
semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia
memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan
seseorang untuk menj……aga dirin…ya yang sakit.
Cinta datang kepada Nia
tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya
sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril
Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian
di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di
bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam
yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam
dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik
untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi
menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing
yang sebenarnya telah ditinggalkan.
“Baiklah Wan, Wan
panggilkan Encik Nor Zaidi ke sini, Wan. Nia akan tanda tangan perjanjian itu
dan Nia akan kawin dengan Abang Zaril. Nia akan cuba sedaya upaya Nia menjadi
isteri yang baik kepada Abang Zaril.” Puan Zainun akhirnya tersenyum lega
mendengar kata-kata Nia.
Sebaik sahaja kata-kata itu
keluar dari mulut Nia, terdengar-dengar ditelinganya bunyi, “Klang!”, tertutup
pintu penjara yang akan memenjarakan Nia di dalam rumah serba mewah ini, untuk
hidup bersama Zaril Ikhwan yang sedang sakit itu selamanya.
Novel 2
Sinopsis : Johan Iskandar mempunyai
dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab
wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di
antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya,
apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan
mengahwininya?
Johan Iskandar : “Tahu tak
kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan
Tengku Hanis Zulaikha, tak ada… dan tak akan ada wanita lain di hati Johan
Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!”
Tengku Hanis terpaksa
menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya
tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan.
Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis
akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha :
“Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika
perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah
merindu dan cemburu!”
Wasiat Tok Din mempunyai
‘due-date’, adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat
tempohnya?
Sinopsis : Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru
bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak
bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh
kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F,
bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa
Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan
jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan
dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja.
Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui
untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F
terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak
pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula
berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini.
Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun,
musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera
rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr.
F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke
Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah
menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
*********************************
Sbenarnye novel2 kat atas tu bukan yang terbaru di pasaran pun.. tapi tak kira jgk,aku nak sgt miliki 3 buah novel ni.. Sabar.. Kumpul duit dulu.. Nanti shopping habis2..haha.. Ikut bajet 2012.. kui8...
"Awak..
Belikan kiter novel2
tu, boleh ?? hihi" ~
1 comment:
nanti sayer belikan ea..sabar.. :P
Post a Comment