02 August 2012

CUKUP SUDAH 90 HARI

Assalamualaikum w.b.t

Sunyi pulak hari ni.. Sedih pun ada ni.. 90 hari?? Macam tak percaya je pulak.. Pejam celik pejam celik, dah nak tamat tempoh perkhidmatan aku di sini.. 3 bulan aku bertapa kat umah akak aku ni duk jaga anaknya yang dah 6bulan tu.. Ada lagi beberapa jam sebelum bibik di hantar pulang ke kampung.. huwaaaaa

Hari ni aku duk sorang-sorang je kat umah.. Kemas apa yang patut sebelum balik.. Eicah  ada kat TASKA.. Sepatutnya Ahad minggu depan start hantar Eicah kat sana, tapi abang ipar aku suh letak dulu hari ni. PERCUBAAN.. Taknak bagi shock kalo tetiba hantar. Maklumlah si kecik tu dah pandai kenal sapa pengasuh dia.. Sunyinya dik hari ni.. T__________T


Beratnya hati nak lepaskan anak buah aku ni ke tangan orang lain pulak.. Acece, ayat macam apa je.. Yela, 3 bulan aku duk berdua dengan dia je. Hari-hari nengok muka comel mata bulat Eicah, mestila berat hati nak berpisah (macamla lepas ni dah tak jumpa).. ~_< Pasni rutin harian aku berubah la.. Bermanja dengan mak sendiri pulak..hihihi


Banyak kenangan n pengalaman selama 90 hari aku menjaga Eicah.. Paling takleh nak lupakan, tido dengan dia walau 1 malam je kat kampung.. Masa tu excited giler dapat jadi 'mak' sekejap.. Bangun tengah-tengah malam wat susu, tukar lampin dll, seronok walau tak cukup tido.. heheh.. Penat memang penat sebenarnya jaga baby, tapi best.. Bila dia meragam, bila dia lapar, bila dia ketawa, bila dia menangis, bila dia senyum, bila dia selalu inginkan perhatian, bila dia merengek tak suka ditinggalkan main sorang-sorang dan bila, bila, bila, bilaaa.... Kadang-kadang stress, kadang-kadang rasa nak meroyan je, tapi kepuasannya tetap ada. Dapat tengok perkembangan dia dari hari-ke hari, buat aku tak sabar nak ada anak sendiri.. hewhewhew


Nur Aisyah Batrisya, Cikde sayang adik ketat-ketat!! hehe.. Lepas raya nanti Cikde kena jaga adik Darwish pulak.. 2minggu je aku berehat.. Balik kampung bukan duk goyang kaki je, ada tugas lain yang menanti.. T_____T  Tolong jaga anak abang aku pulak 24hrs/7dys.. Macam nilah nasib aku selagi takde kerjaya sendiri..Tak kesah la, janji poket penuh.. hikhikhik.. Jaga anak-anak buah ni memang tradisi famili aku sejak turun-temurun (tangan kat bahu,mata ke atas)... :P



* Every child is speacial - they're not a burden ~



" I'm off "

01 August 2012

MINYAK KELAPA DARA - CATALYST

Assalamualaikum w.b.t


Bulan Ramadhan ni mesti ramai yang buat side income kan.. Jual itu ini untuk untuk tambah pendapatan bagi kegunaan hari raya nanti.. Cewah, puasa baru hari ke-12 dah sebut-sebut pasal raya.. So, apa kaitannya dengan entree aku kali ni pulak? Nothing.. Sekadar ingin berkongsi mengenai produk CATALYST- VIRGIN COCONUT OIL (VCO). Mungkin ada dalam kalangan anda-anda yang inginkan tubuh badan sihat, kulit muka cantik, berat seimbang sempena Aidilfitri tahun ni, boleh mencuba produk ni.. Act., benda ni dah lama kat pasaran, sengaja je aku nak post jugak kat cini.. huahuahua.. 


VCO?? Apakah?? VCO adalah salah satu produk terbaik keluaran Catalyst yang berasaskan minyak kelapa dara. Kelebihan VCO ini adalah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus di ambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tidak sekata, strechmark bagi wanita hamil dll..



Kebaikan VCO :
- Menghilangkan prut jerawat dan strechmark bagi wanita hamil
- Kulit tidak mengalami sebaranga masalah jerawat, berminyak dan kering
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
- Melembapkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- Sistem penghadaman lebih baik
- Melindungi tubuh daripada kanser
- Mengurangkan masalah senggugut
- Mengurangkan masalah tidur berdengkur


Produk VCO ni dibekalkan dalam 2 jenis iaitu VCO Softgel dan VCO Liquid oil.. VCO Softgel senang untuk ditelan (2kali sehari) dan VCO Liquid oil untuk disapu pada jerawat, parut atau selulit..



Khasiat menggunakan CATALYST COLLAGEN
- Membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoartrhitis
- Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
- Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut
- Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilat
- Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima

Kesan mengamalkan CATALYST COLLAGEN
- Kulit tidak berminyak tetapi tidak terlalu kering
- Dapat mengurangkan masalah jerawat
- Dapat mengurangkan kesan parut pada kulit
- Minda lebih cerdas dan pergerakan anggota badan menjadi lancar

Testimoni pengguna
Puan Hanita Jaafar. Beliau mengamalkan VCO + Collagen secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang halus, lembut dan licin.
Pic A: Alahan pada ayam dan seafood
Pic B: Sebulan selepas mengamalkan VCO
Pic C: Penampilan terbaru 2012

Untuk mengetahui adakah produk ini memberi kesan sampingan atau tidak, sila klik di sini  'JANGAN PANIK'

Jadi, apa tunggu lagi?? Kepada mereka-mereka yang inginkan perubahan sempena Aidilfitri ini, bolehlah mencuba produk VCO. Jika mahukan keterangan yang lebih lanjut, klik di sini 'FADZ@hijabhouse' atau 'FARAH' ... Selamat mencuba!!

* Aku bukan agen jual-jual produk ni.. Sekadar promote-promote je..hihi @_______@




Terpikat dengan ayat-ayat B
"Aku tau couple itu HARAM.."
"Buat dosa dgn org lain, kawen dgn org lain.."
"Taknak la mcm tu"
:: Thinking ::