Assalamualaikum w.b.t
Sunyi pulak hari ni.. Sedih pun ada ni.. 90 hari?? Macam tak percaya je pulak.. Pejam celik pejam celik, dah nak tamat tempoh perkhidmatan aku di sini.. 3 bulan aku bertapa kat umah akak aku ni duk jaga anaknya yang dah 6bulan tu.. Ada lagi beberapa jam sebelum bibik di hantar pulang ke kampung.. huwaaaaa
Hari ni aku duk sorang-sorang je kat umah.. Kemas apa yang patut sebelum balik.. Eicah ada kat TASKA.. Sepatutnya Ahad minggu depan start hantar Eicah kat sana, tapi abang ipar aku suh letak dulu hari ni. PERCUBAAN.. Taknak bagi shock kalo tetiba hantar. Maklumlah si kecik tu dah pandai kenal sapa pengasuh dia.. Sunyinya dik hari ni.. T__________T
Beratnya hati nak lepaskan anak buah aku ni ke tangan orang lain pulak.. Acece, ayat macam apa je.. Yela, 3 bulan aku duk berdua dengan dia je. Hari-hari nengok muka comel mata bulat Eicah, mestila berat hati nak berpisah (macamla lepas ni dah tak jumpa).. ~_< Pasni rutin harian aku berubah la.. Bermanja dengan mak sendiri pulak..hihihi
Banyak kenangan n pengalaman selama 90 hari aku menjaga Eicah.. Paling takleh nak lupakan, tido dengan dia walau 1 malam je kat kampung.. Masa tu excited giler dapat jadi 'mak' sekejap.. Bangun tengah-tengah malam wat susu, tukar lampin dll, seronok walau tak cukup tido.. heheh.. Penat memang penat sebenarnya jaga baby, tapi best.. Bila dia meragam, bila dia lapar, bila dia ketawa, bila dia menangis, bila dia senyum, bila dia selalu inginkan perhatian, bila dia merengek tak suka ditinggalkan main sorang-sorang dan bila, bila, bila, bilaaa.... Kadang-kadang stress, kadang-kadang rasa nak meroyan je, tapi kepuasannya tetap ada. Dapat tengok perkembangan dia dari hari-ke hari, buat aku tak sabar nak ada anak sendiri.. hewhewhew
Nur Aisyah Batrisya, Cikde sayang adik ketat-ketat!! hehe.. Lepas raya nanti Cikde kena jaga adik Darwish pulak.. 2minggu je aku berehat.. Balik kampung bukan duk goyang kaki je, ada tugas lain yang menanti.. T_____T Tolong jaga anak abang aku pulak 24hrs/7dys.. Macam nilah nasib aku selagi takde kerjaya sendiri..Tak kesah la, janji poket penuh.. hikhikhik.. Jaga anak-anak buah ni memang tradisi famili aku sejak turun-temurun (tangan kat bahu,mata ke atas)... :P
* Every child is speacial - they're not a burden ~
" I'm off "
2 comments:
lepas nie mari jaga aku la pulak.aku perlukan org gaji sorang.he3!!!
haha..buleh je awok eh.. gaji sy ikut kelulusan terkini la yer.. u29.. P
Post a Comment