09 October 2012

PANTUN DUA KERAT

Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk bulan Oktober rupanya. Sekarang dah sembilan haribulan. Means tinggal lagi sembilan belas hari sebelum kenduri kawen my sis. Takpe, letak tepi dulu pasal itu. Takmo bebel panjang-panjang tentang perkara yang takde kena-mengena dengan tajuk entree aku kali ni. Sigh**

Okes. Pantun dua kerat. Apakah??

"Pergi kedai beli barang,
Cikde Tein paling garang"

Haaa. Terkono den. Penangan cite Upin Ipin. Anak buah aku boleh pulak aplikasikannya kat aku. T__T Garang ke aku ni?? Huhuhu. Macam Kak Ros ke? Adela sikit-sikit. Haha. Terpekik-terlolong macam tarzan. Oh, itu semua dalam kes-kes istimewa saja ya anak-anak sekalian.

Awaz, anak buah aku yang kesembilan punya angkara wat pantun macam tu. Dia memang nakal. Sangat-sangat!! Tak makan saman langsung n suka wat Cikde dia ni mendidih je. Huaaa. Memandangkan hero-hero Tokku ramai lapan orang jer, dan semuanya hebat-hebat belaka, memang cepatla mak sedara korang ni mendidih tahap tak hengat dunia. Hahaa. Mempunyai anak-anak buah yang sedang giat membesar cukup-cukup menguji kesabaran aku. Bukan senang nak kawal semuanya bila dorang dah berkumpul ramai-ramai kat umah parent aku ni. Bila sorang berlari-lari dalam umah, yang lain sure ikut jugak. Kalo umah batu takpe la jugak, ni umah papan je sayang oi. Sekali berlari, macam nak roboh je. Geleng kepala, urut dada, istighfar banyak-banyak. T___T

 Budak-budak, hanya tau keseronokkan saja. Sepah sana-sini, lari-lari, lompat-lompat, adat la tu kan. Bila dah puas bermain, gaduh. Yang besar buli yang kecik. Ish3, uji keimanan betul. Makin dilarang, makin dibuat. Sabor jelah. Tapi kadang-kadang terhibur jugak dengan karenah mereka. Bukan selalu jumpa kan.

Aku ada terbaca satu artikel kat majalah WANITA. “BERHENTILAH MENJADI TARZAN DI RUMAH” Hamek kau, lagi sekali terkena. Sigh* Terjerit sana, terjerit sini, nak kawal anak-anak kecik kat umah kan. (Sapa yang ada anak-anak yang nakal taula kan macam mana situasi itu)  Betul la orang kata, budak-budak ni makin dilarang makin nak dibuatnya. Kekerasan bukan cara yang sesuai untuk mendidik mereka yang baru nak kenal dunia. Psikologi. Bermain dengan jiwa mereka. Cakap lembut-lembut, elok-elok biar meresap ke jiwa mereka. Hahaa. Adakah aku begitu?? I’m trying to do so so. Bluwek :P . Maap la anak-anak, mak sedara korang ni pemalu nak tunjukkan kasih sayang lebiy-lebiy  kat korang. (Muntah hijau). Aku cuba untuk kawal perasaan supaya tak jadi macam tarzan  lagi walaupun kadang-kadang terlepas juga. Heee. Cakap kuat-kuat pun tak jalan gak, so berlembutlah dengan mereka supaya mereka senang nak paham apa yang kita cuba sampaikan. Aku, nak berlembut?? Mesti anak-anak buah aku cakap ‘ bermimpikah kami semua ini??’ T___T

So, pasni aku akan pastikan takde dah pantun dua kerat ke tiga kerat ke empat kerat ke yang akan keluar daripada mulut-mulut comel mereka lagi. Hahaaa. Cikde pun takkan garang-garang (mungkin), buat perabih ayaq liuq jah. Yang penting, Cikde lap u’olls much-much more!!! J

Tengok, lain yang nak dicerita, lain pulak yang terkeluar. Selalu sangat otak n jejari montel ni tak selari. Hikhikhik. Letih,letih!! Maapla kalo ada yang pening  baca entree yang merepek-repek ni. I punya belog, sukati i lah nak conteng pape pun.. dushdushdush :D



“selamat maju jaya kepada adik-adik yang menduduki PMR bermula hari ni.”

“untuk my lil’bro, buat yang terbaik tau.jangan gaduh2 dengan akak lagi.
kite sambung pas habis exam plak..hihihi”

“untuk my niece, Kakak, cikde doakan yang terbaik jugak! 
Make ur parent proud okeh!”

JJJ

“Kau buat aku tersenyum”

30 September 2012

JANJI YANG PASTI

Assalamualaikum w.b.t


Wahai hati..
Bersabarlah dalam menanti..
Yakinlah janjiNya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yang kelak kan dimiliki..

Wahai jiwa..
Tenanglah dalam lara..
Percayalah bahawa janjiNya adalah nyata..
Jangan pernah ragu dengan kehendakNya..
DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2 Nya..

Wahai raga..
Tetaplah istiqamah dalam usaha..
Dugaan yang datang sedang menguji keimanan kita..

Seberapa sabar kita dalam menunggu..
Seberapa kuat kita saat bertatih..
dan seberapa tegar kita disaat rapuh..

Segala ujian dan cubaan dariNya tak pernah sia-sia..
Disebalik itu semua pasti ada hikmah dan barakahNya..
Bersabarlah wahai hati untuk suatu keindahan..

Kebahagiaan dan kegembiraan itu pasti akan datang untuk kita..
Di saat yang indah dan di waktu yang tepat..



::selamatharilahirCikTuandonat::



"Sebelum Engkau Halal Bagiku"




27 September 2012

KU PILIH HATI MU

Assalamualaikum w.b.t

 Dah lama tak menjiwakan diri..
Rehat-rehatkan badan sambil layan lagu ni.
Sampai tertido..huhu

OST SaifulNita- Samarinda TV3

Ussy & Andhika Pratama







"Dia yang Kau pilih"

19 September 2012

SIBUK SANGAT LOL :P

Assalamualaikum w.b.t


Hola..
Dah lama biarkan laman ini kesepian..
Sampai berhabuk..
Sampai tuannya dapat flu..
-nonsense-

Sangat-sangat sibuk !!

Kemas rumah tangga - raya
Jaga baby siang & malam
Buat assignment Kak Long
Shopping langsir & kelengkapan dapur yg baru
Kemas rumah lagi sebab renovate bilik baru utk wedding my sis (coming soon)
Mengecat rumah - luar & dalam

Sangat-sangat penat !!

Lepas ni, lagi sibuk!!
so, FULLSTOP..





*entreeyangmengarut*





"Maaf kerana tak dapat membalas kasihmu.."