24 December 2011

AKU PASTI DATANG

Assalamualaikum...




Semalam aku baca cerpen ni,'' AKU PASTI DATANG ''. Sangat2 tertarik dengan jalan ceritanya. Tersenyum sorang2 je bila baca cerpen ni. It's juz a simple lovestory but very2 meaningful. Apa yang menariknya dlm cerita ni adalah si jejaka tu propose si gadis wlaupun bru kenal tak sampai 1 jam. Walaupun   tak kenal, si gadis terima. Ada la sebab2nya tu. Kalo nak tau, baca cerpen ni sendiri ea. hihi. Aku juz nak share 1 scene yg sgt2 menarik bagi aku. Alkisahnya selepas mereka bertunang n si jejaka tu decide nak percepatkan perkahwinan mereka. Si jejaka tu ckap kenapa dia nak kawen cpat2 sbab...

“Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan.
 Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin.
 Itulah cinta sakral dan qudus. 
Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan.
 Inilah kemuliaan agama kita,Islam…
Fatini. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,
tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 
Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,
ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. 
Itu pesanan seseorang pada saya. 
Saya dah jatuh suka pada awak sebab tu saya cepat-cepat pinang awak.”

sambung lagi..

“Biarlah hubungan kita halal di sisi Allah SWT. 
Saya nak awak selalu dekat dengan saya. 
Selagi kita belum kahwin, selagi tu saya tak dapat nak perhatikan awak selalu.”

Sweet sgt ungkapan2 tu kan. Wondering if ada lagi lelaki mcm tu dlm dunia ni skrg. hihi.. Mungkin ada lagi kot. So, tu la je la motif aku bercerita psal cerpen ni. Sekadar perkongsian bersama. hehehe. Thumbs up to writer - LIYA ZAFRINA - Sape2 yg berminat nak baca cerpen ni, boleh klik di sini ye -- AKU PASTI DATANG.. So, kepada sahabat2 di luar sana, kalo dah bercinta sakan tu, fikir2kanlah ke arah kebaikan plak ye. Nawaitu bercinta tu utk apa sbenarnye ye. hehe. Tepuk dada, tanya iman. Sama2 beramal 'Amar Makruf, Nahi Munkar'. P.E.A.C.E !! ^^



" Yg HARAM tetap HARAM "


17 December 2011

SENTAP

Assalamualaikum...


Bila kesabaran makin di uji..
Bila amarah dah menguasai diri..
Bila hati dah dipanasi..


NAK JE KU LEMPANG2 MEREKA SEMUA !!!



p/s : sabar...istighfar... :))



Matang ?
Please la..
Respect us too..

07 December 2011

TAHNIAH

Assalamualaikum...

TAHNIAH....

Kak Siti Hazar & Suami..

" SELAMAT PENGANTIN BARU !!! "
28 Nov 2011
@ Sabak Bernam

" Semoga berkekalan hingga akhir hayat.."



to my dearest sis..
congrates too..
Selamat Bertunang
Kak Nurul & Abg Iqbal..
~3 Dis 11~







29 November 2011

04 November 2011

DONE L.I SEM 5

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Akhirnya sem 5 dah sampai ke penghujungnya... Macam2 benda dah berlaku.. Semua tu adalah kenangan.. Suka, duka, gelak, ketawa, semuanya ada... Pasti rindu dgn suasana kerja kat lab histopath yg mengantuk, ketensionan di hemato, kebosanan di cyto n keriuhan di blood bank dgn kawan2 skerja nana, qis n teeqa..hehehe.. Jumpa lagi nex sem ea.." Nana, mesti ko rindu aku kan..haha.." Tak lupa gak ngn kwn2 bru dr Uitm..Sue, Mas n the gengs... Korang mmg best..  So, selamat bercuti ya kawan2.. Semoga result kita semua gempak utk sem ni walaupun exam n presentation ntah pape je..huhu.. InsyaAllah..kita dah wat yg terbaek dr ladang kan...hihihi.. Sayang korang semua... MLT sem 5 UniSZA..

wif kak Nawa MSU

@ Blood bank

@ Muzium HUKM

@ Cyto lab.

wif Mas UITM

@ Tutti Frutti 

we alls @ last day

Okayh.. Laporan utk sem 5 berakhir di sini..hehe.. Banyak lagi kenangan2 kita kn.. Tapi cukuplah setakat ini saja.. Bak kata cik Ija Akmal, " WE DONT REMEMBER DAYS, WE REMEMBER MOMENTS.." Dan... untuk cik Siti Fatimah & cik Ija Akmal..aku bakal merindui kalian berdua..haha..thanks 4 everythings.. Selamat menjalani praktikal di HSNZ plak ye..Enjoy yours practical as we're done at PPUKM too.. hukhukhuk... Sedih tau.. :((

syg sgt2 korg bdua!! - my roomies-


Next sem..
start with a new chapter of my life..
and never looking back..
- D.O.N.E -


" Mimpi itu jadi kenyataan.."
truely, deep in my heart..
i'm sad...
Selamat tinggal...

03 November 2011

TESTING-TESTING

Assalamualaikum...

Mak pesan...
" Carilah kawan yg mana bila susah, sama2 susah dan
bila senang, sama2 senang..
Jangan cari kawan yg hanya ada bila waktu gembira jer..
Nanti merana sorang2..
Dan...Jangan sesekali menyusahkan kawan2..
Cuba berdiri di atas 2 kaki sendiri.."

Mereka-mereka pernah b'kata..
" nak carik kawan yg blh bergelak-ketawa sama2 ??
tepi jalan ada...
tapi kalo nak cari kawan yg blh bkongsi bahu sama2..
1 dlm sejuta kot..."



Mekasih kpd mereka2
yg sudi menjadi kwn aku..


Dan kau..
" thanks sbb ada bila 
waktu aku 'senang' saje.."

01 November 2011

FINAL PROJECT PART 1

Assalamualaikum..

Hepatitis B..
Hepatitis B virus..
Acute Hepatitis B..
Chronic Hepatitis B..


" Jangan tanya apa2 ttg itu.."
hihihi

Gudluck kengkawan utk besok..

Pembentangan Proposal Projek Elektif 
Pelajar Latihan Industri
Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Semester 1 Tahun 3 2011/2012



" Apa pun yg terjadi..
ku kan slalu ada utkmu..
Jgnlah kau bersedih.
coz everythings gonna be OK "




29 October 2011

TERENGGANU, AKU PULANG !!

Assalamualaikum....

Now
otw balik tganu..
TAK SABAR !!

org2 kampung...wait for me!!
Meh kiter pakat rama2 tengok bola mlm ning..
hihihi


Hujan..
my feeling is zero..

26 October 2011

CAHAYA KESUCIAN AGAMA

Assalamualaikum...

~ Pic-Ihsan dari abg Zahir ~

Haaaa...nilah ank my bestie tu..
~Nur Sarfina Ardini Bt Mohd Amir~
comey kan!!!
Geram giler tgk bibir tuh..
"Merah bak delima"
1st baby Mer..
muka mcm bapak dia..

Tgk muka baby yg polos ni..
Jiwa jadi tenang...
Semoga Nur Sarfina Ardini
menjadi anak yg solehah dan
indah seperti nama yg diberi..
Aminnnn...



Cik Siti Fatimah & Cik Ija Akmal..
" Bila giliran korang pulak ?? haha " 

23 October 2011

I'M DREAMING

Assalamualaikum..

Hujung minggu yg sungguh indah...haha..poyo-an jer..Masa byk dihabiskan dgn 'dunia' ciptaan aku sendiri..Apakah?? on9,baca novel,layan lagu dlm lappy kecik nih n tdooo..mungkin SETERESSS... Relax2..cool down babe...Tadi baca novel karyaan Hlovate..tq nana kasi borrow2..hehe..sgt2 terbuai dgn bahasa2 yg digunakan dlm novel tu...Takde nak jiwang2 sgt..'Urban'..n now, bermulalah episod nak berangan kisah dongeng sendirik...kuikuikui...ayooooyooo...wake up la mak cik!!! Dah... takyah nak merepek merapu bagai ntah ke mana..SILA KEMBALI KE DUNIA REALITI...huwaaa... No kisah2 dongeng n no more cinta cintun ya....Focus,focus n focussss... ^^
  
" Nak cari lelaki yg sempurna,aku haruslah mensempurnakan diri sendiri dulu n nak cari lelaki yg soleh, aku harus men-solehah-kan diri aku dulu... " - My heart 



" Saya tak semestinya perlukan cinta utk berkahwin,tapi saya perlu berkahwin utk dapatkan cinta yg diredhai olehNya.. " - My dreamy


" Always waiting for u..
Love..
no distance between us.. " 



GOOD NEWS

Assalamualaikum..

Berita gembira lagi..
^.^

Tahniah utk team bola sepak T'ganu
yg layak ke final Piala Malaysia..
i likeeeeee...
hihihi


Then...
Tahniah my bestie..
Alhamdulillah..dah dapat 1st baby..
Around 7.++ pm, Fatrah slmat lahirkan
sorg baby girl seberat 2.78 kg..
Tumpang gumbira...
Mesti comey mcm bapak dia yg gebu gebas itu..
haha

Mer..
Ko da dpt anak time umo bru 20 thn..
Wow..
Aku yg teruja tau..
" Pa, ma jeles bile pa dpt anak dlu dr ma.."
haha..nonsense !!


" Agak2 umo bape ek 
aku plak nak dapat title "ummi" ??
hehe


22 October 2011

MY DAY

Assalamualaikum...

~21 Oct 2011~
Keseronokan yg bganda-ganda !!
Lupa seketika ttg semua masalah dunia..
haha

First
Tgk wayang kat GSC mid valley.
"The Three Musketeers"
ngn cik Nana Brown..

mmg berbaloi tgk cite nih..
Best !!

sje menyelit..poyos je..wif Nana

Second
Lunch kat McD..


Third
Dinner kat KFC..
Thanks abg wan blanje kami2 makan..
Enjoy sgt2 ngn Haida n Kema !!

\

Berkat hari Jumaat..
Alhamdulillah...
Terima Kasih..
^.^


" Rindu masa lalu.."




17 October 2011

LAKARKAN SENYUMAN MU

Assalamualaikum..

" Allah takkan membebankan hambaNya
melainkan dengan kemampuannya sendiri.."



Semoga esok masih ada sinar buat diriku..
Kembali tersenyum..


" wlau pape yg t'jadi,
lakarkan senyumanmu 
ikhlas dr hati & jiwa
yg tenang...SR " 

16 October 2011

15 October 2011

FAITH

Assalamualaikum....





" Allah telah menentukan segala-galanya utkmu..
Takde sesiapa boleh lawan.."



" DIA dah tentukan
 siapa yg terbaik 
untukku... " 

08 October 2011

SELAMAT MAJU JAYA

Assalamualaikum...



Berat hati nak merelakan pemergian mereka..
Namun bukan kuasa aku untuk menghalangnya..
Pergi bukan untuk suka-suka..
Tapi untuk berjaya dalam cita-cita..

Dan aku..
harus menerima suratan yg telah ditetapkan..
LEARN TO STAND ON MY OWN FEET..
mungkin ada hikmahnya..

it's hurts to make a smile, but for u, i'll try..




NOVEL

Assalamualaikum...

Actually takde idea nak mengarang..hehe..juz nak share sumthing here..ape dia ?? Novel pilihan aku..haha..ntah pape je kan..tulah,takde keje, tapi nak jgk semakkan entry ni.. ~
Aku ase mesti ramai girls2 yg suke bace novel n salah sorgnye adalah AKU!! hikhik.. Tak salah pun ade hobi tu.. "MEMBACA AMALAN MULIA".. hihi.. tak kesah la nak cakap bace novel tu jiwang ke hape..dah minat,, layan jela babe... ^.^ so, xnak bebel pnjang2..meh tgk novel pe yg aku minat sgt nak wat tambah koleksi...

:
:
:
:
V

Novel 1


Sinopsis : Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menj……aga dirin…ya yang sakit.
Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
“Baiklah Wan, Wan panggilkan Encik Nor Zaidi ke sini, Wan. Nia akan tanda tangan perjanjian itu dan Nia akan kawin dengan Abang Zaril. Nia akan cuba sedaya upaya Nia menjadi isteri yang baik kepada Abang Zaril.” Puan Zainun akhirnya tersenyum lega mendengar kata-kata Nia.
Sebaik sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Nia, terdengar-dengar ditelinganya bunyi, “Klang!”, tertutup pintu penjara yang akan memenjarakan Nia di dalam rumah serba mewah ini, untuk hidup bersama Zaril Ikhwan yang sedang sakit itu selamanya.

Novel 2 


Sinopsis : Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : “Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada… dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!”
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : “Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!”
Wasiat Tok Din mempunyai ‘due-date’, adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Novel 3 


SinopsisPengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.


Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


*********************************

Sbenarnye novel2 kat atas tu bukan yang terbaru di pasaran pun.. tapi tak kira jgk,aku nak sgt miliki 3 buah novel ni.. Sabar.. Kumpul duit dulu.. Nanti shopping habis2..haha.. Ikut bajet 2012.. kui8... 



"Awak..
Belikan kiter novel2
tu, boleh ?? hihi"  ~




05 October 2011

LATER, SOMEONE FOR ME.

Assalamualaikum..


If someone wants to be a parts of your life,
they'll make an effort to be in it.
So, don't bother reserving a space in your heart 
for someone who doesn't make an effort to stay..

^_____^

Dear heart...
stop getting involve in everything..
You job is to pump blood only..


" Mungkin belum tiba masanya lagi..
Ada yg lebih baik drpd dia utkmu..
Sadness... "

03 October 2011

MAINAN CINTA

Assalamualaikum...

Teringat si dia yang berada jauh di mata dan jauh di hati..
huhuhu..

Cemburu ?
Bila tgk dia berbicara dgn muslimah lain..
Cemburu ?
Bila dia melayani muslimah lain..
Cemburu  ?
Bila dia bergurau senda dgn muslimah lain..
Cemburu ?
Bila dia berkawan dengan muslimah lain..
Cemburu?
Bila dia pandang muslimah lain..

Siapa aku untuk cemburu ?
Seorang yg hanya melihat dia dari jauh..
Adakah dia mengerti perasaan aku?
TIDAK !!
Hanya aku & Allah saja yg tau hati ini..

Ya !
Aku dambakan dia..
Namun..itu hanyalah sebuah perasaan..
Mungkin dia tercipta untukku & mungkin tidak..
Sekadar harapan..

Mencintai seseorang itu adalah hak kita,
namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan 
sah dan halal itu bukan hak kita.
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki.
Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan
dia untuk kita miliki atau
Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik.
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan hak kita.
Jadikan ini sebagai satu pegangan,
" SAYA BELUM TENTU AKAN MENIKAHI 
ORANG YANG SAYA CINTAI TAPI
SAYA AKAN MENCINTAI ORANG YANG SAYA NIKAHI ! "
- from Ija Akmal -



" Mimpi itu..keliru..
mungkin sekadar mainan tidur.."

30 September 2011

TODAY MY LIFE BEGINS

Assalamualaikum..


"Selamat hari lahir !!"
sweet 20..
Mekasih kt sume yg wish my bday rini..
Semoga Allah merahmati kamu2 sume..
^.^

♥♥♥ Tulip..
" ade sape yg baik ati  nak kasi ni tak kat sayer ??haha "



" hati terusik?? "



29 September 2011

SELAMAT HARI JADI, JAH.

Assalamualaikum...


-gambar hiasan..haha-

SITI FATIMAH
Selamat hari lahir yg ke-20 !!
Semoga dipanjangkan umo & dimurahkan rezeki..
Harap2 ape yg ko impikan, tercapai..
May Allah bless u dear..


syg ko jah..heee


~28sept2011~

19 September 2011

MOTIVATION TIME

Assalamualaikum..


Aku tak pandai nak menyusun kata-kata yang indah..
Tapi aku nak jgk mencuba dan terus mencuba..
walau mungkin bahasanya kedengaran sumbang..
Ah..apa yg aku sedang mengarut lagi ni ??
Dah..Fullstop !!


Apa yg nak aku sampaikan sbenarnya ?


Kenapa ??



Sebab ramai lagi yg ada msalah yg lgi berat dari aku !!
So ??


I'll...
Then,last but not least..


even sukar untuk mengukirnya..
kerana...


InsyaAllah..
 Maka dgn itu...

Amin..


"Thanks coz u make me
smile for a while.. "

16 September 2011

PILIHAN HATI

Assalamualaikum...



Kali ni nak berbicara tentang pilihan hati plak.. Aku percaya pasti setiap org mahukan pasangan hidup yg perfect kan. Saling melengkapi. Am I right ? YES ! Sebab aku pun mahukan ‘Dia’ begitu jugak.. Siapa taknak kalau dapat bakal suami yang hensem, tinggi, kaya n yg sama waktu dgnnya kan.. Kalau dah jodoh dgn org yg mcm tu, aku sendiri tak tolak.. haha.. Tapi, cukup ke dgn itu saje ?? Boleh bahagia ker ?? Bak kata Nabil, “ Lu pikir lah sendiri..” Agak-agak kan, kita nak  bakal suami yg mcm mane erk ?? Adakah seperti yg aku listkan di bawah ni ?? hehe

- TINGGI, atau yg tinggi imannya?
- HENSEM, atau yg hensem akhlaknya?
- TEGAP, atau yg tegap akidahnya?
- SEMPURNA, atau yg sempurna ibadatnya?
- COOL, atau yg cool kesabarannya?
- PUTIH, atau yg putih hatinya?
- CUTE, atau yg cute tawadduknya?
- KAYA, atau yg kaya ilmunya?
- PEMALU, atau yg pemalu kpd dosanya?
- GAGAH, atau yg gagah melawan nafsunya?

Mane satu yg kita nak ? Yg ade pakej yg lengkap ke atau yg blh sama2 bjalan ngn kita menuju ke syurga ? Tepuk dada tanye iman.. Kalau dapat yg elok rupa paras, kaya hartanya di samping sempurna akhlaknye, satu BONUS buat kita kan.. kan3.. ^o^

Walau ape pun, siapa ‘dia’ yg bakal menjadi pemilik cinta aku, aku redha n terima dengan hati yg terbuka. Kadang2 klau terlalu memilih, susah jgak.  nobody’s perfect . Cukuplah ‘dia’ dapat membimbing aku ke arah kebaikan dan menjadikan aku seorang isteri yg solehah. InsyaAllah.. Siapa aku nak meminta lebih kerna aku sendiri byk kekurangannye.. Yg pasti, jgn berputus asa dlm berdoa dan berharap agar dikurniakan pasangan yg terbaik buat kita.

i'm not looking someone by his appearance,but his manner and how his relationship to ALLAH...yup,that person that can guide me to straight path.”-from Nura Eyma

''Moga dirimu dan diriku antara intan pilihan ALLAH ,Berdoalah diriku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,.Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba untukku.,Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharaNya sentiasa.'' *  
AL-BAQARAH : 216 *


" Cintaku ? 
hanya untuk kamu
 yg bergelar suamiku 
selepas Allah & Rasul.."

04 September 2011

PERTAMA DAN TERAKHIR

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk 4 september 2011..
Lagi seminggu je duk kt umah..
huhu
TAK NAK balik praktikal !!!
sobsobsob
Adat la tu kan..
Macam tak biase plak..hahaha
oppsss..
( cover gelak tu cikit..)

Amacam rayer ???
Alhamdulillah..Seronok gak..
Dapat bkumpul ramai2..
mak & ayah
+
8 org adik-beradik
+
2 abg ipar
3 kakak ipar
+
13 anak2 sedara
=
RIUH sangat8 !!!

next year, myb bakal bertambah lagi bilangannya..
jeng jeng jeng..
hehe

Tahun ni masih lg dpt duet rayer..
mgkin jgk thun trakhir..
hihihi
Tahun depan ??
Kalau dah keje..
it's my turn plak bg duet raye..
huahuahua..
tamau kasik !!
kuikuikuikui..
Mudah-mudahan dapat keje n dimurahkan rezeki..
Amin..



" Kali pertama beraya tanpa Mak..
Tiada lagi bau nasi dagang pagi2 raya..
Sumenye dah tinggal kenangan..
Act. sgt2 merindui arwah..
Al-Fatihah.. "

30 August 2011

ISTIKHARAH CINTA

Assalamualaikum


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


23 August 2011

GIRL LIKE ME

Assalamualaikum..

**********
PEREMPUAN DAN PERASAAN ♥
1.Bila perempuan sdg b'sedih tetapi tidak menitiskan air matanya ,itu b'makna dia sdg menangis dlm hati.
2.Wanita sukar mencari benda yg dia benci dalam diri org yg dia syg.
3.Bila wanita jatuh cinta pada seseorg, lelaki itu tetap dalam fikirannya even dia sedang bersama lelaki lain.
4.Wanita suka meluahkan perasaan mereka pada coretan2 puisi.

**********
???



" Kenapa masih mengingati kamu ?? "

13 August 2011

U REMIND ME

Assalamualaikum...


" Siapa yang makan cili, dia yang akan rasa pedasnya "
Takes time to realize..
Thanks for that reminder & warning..
Just say sorry..
=_=


" Senyum..tak perlu kata apa-apa "

10 August 2011

SELAMAT TINGGAL FASA 1

Assalamualaikum...

Malam ni pegi terawih tak ??
Alhamdulillah pada mereka-mereka yg pegi..
Sedar tak sedar, dah 1/3 bulan kita berpuase..
Syukur..
Pejam celik pejam celik..
dah nak masuk hari yang ke-11 kan..
Sekejap je masa berlalu..
Fasa 10 hari pertama dah lepas..
' Malam rahmat ' buat hamba-hambaNYA..
Moga-moga kita sume dapat rahmatNYA..

Antara kelebihan-kelebihan solat sunat tarawih di bulan Ramadhan :

Malam Pertama :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam pertama Ramadhan, maka ia akan keluar dari dosa dosa sebagaimana ia baru di lahirkan
Malam Kedua : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-2 Ramadhan, maka dosanya dan kedua dosa ibu bapanya akan di ampuni oleh Allah SWT
Malam Ketiga : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-3 Ramadhan, maka malaikat yang ada di Arasy berdoa kepada Allah agar diampuni dosa kita
Malam Keempat : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-4 Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala dari orang2 yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur'an
Malam Ke Lima : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-5 Ramadhan, maka Allah akan Memberikan Pahala sebagaimana Pahalanya orang2 yang solat di masjidil Haram, Masjid Madina dan Aqsa.
Malam Ke Enam : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-6 Ramadhan, maka Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70Ribu malaikat) serta batu2 dan tanah mendoakan orang2 yang melaksanakan solat tarawih pada malam ini. Malam Ke Tujuh : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-7 Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala seakan2 bertemu dengan Nabi Musa dan Berjuang mengalahkan musuh ketatnya yaitu Firaun dan Hamman. Malam Ke lapan : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-8 Ramadhan, maka ia akan memperoleh pahala yang dilakukan nabi Ibrahim As Malam Ke Sembilan : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-9 Ramadhan, maka ia akan dinaikkan mutu dan nilai ibadahnya sebagaimana mutu dan Ibadah Nabi Muhammad SAW. Malam ke Sepuluh : Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke-10 Ramadhan, maka Allah akan mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan Akhirat.
Agak-agak banyak tak amalan yg kita dah buat sempena Ramadhan kali ni ??
Bukan selalu dapat kan..
Tak perlu tanye org lain..Ask urself first..
Agak-agak ape yg dah aku buat tiap-tiap hari utk dptkn ganjaran bulan yg mulia ni ?
- Mengaji ?
- Berzikir ?
- Solat sunat ?
- Bersedekah ?
Tapi adalah lebih baik kalau Ramadhan kali ni dimulakan dengan
memohon maaf ngn ibu bapa, kaum keluarga, sahabat handai dll..
Tak perlu tunggu hari raya kan..hihi

Fasa 10 hari kedua bakal menyusul..
ataupun dikenali sebagai ' Maghfiroh' ( malam pengampunan )..
Sama-samala kita memohon pengampunan dariNYA..
Bermohon supaya dosa-dosa terdahulu di ampunkan
sebelum menuju ke 10 hari terakhir..
' Malam pembebasan daripada api neraka '..
Harap-harap kita termasuk dalam golongan mereka-mereka yg
bebas daripada azab neraka..
Amin..


Semoga Ramadhan kali ni memberi sejuta nikmat & lebih baik
daripada tahun sebelumnya kerana belum tentu kita dapat bertemu
lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..
" Barangkali mungkin ini Ramadhan kita yg terakhir "
Wallahualam..



" Selamat Hari Lahir "