Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

29 January 2014

DIY- WEDDING PHOTOPROPS

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni dah masuk 29 haribulan.
Tinggal lagi 2 hari sebelum majlis abang Gem.
Besok, inshaAllah balik palong timur.

Alhamdulillah.
Siap jugak photoprops untuk majlis bertandang abang Gem nanti.
Orang tengganu cakap kenduri sambut menantu.
Aku buat sendiri je.
Nak tempah tak sempat dah sebab Bik Uji lambat request nak benda alah nih.
So, nak senang, cepat dan jimat, DIY jer.. haha

Nak dipendekkan cerita, balik JB last week, terus gugel.
Sekarang kan dah senang. 
Hujung jari je.
Masalah rajin dengan tak jer.
Aku cari kat tenet je camne nak buat props2 bagai nih.
Dah tau, nanti keluar cari bahan-bahan jelah.
Maka, inilah hasilnya selepas seminggu bersengkang mata depan laptop.
ngeeee






Itu jelah aku mampu buat.
First trial.
Aku banyak gugel sana sini untuk rujukan.
Ada jugak props yang kita boleh print out terus dari tenet.
Macam mane buat, boleh klik kat SINI .
Aku punya cara simple je.

Print out words/designs yang korang nak dengan menggunakan glossy paper.
Then, gunting dan tampal kat kadbod paper. *optional
Letakkan batang lidi/aiskrim/chopstik kat props yang dah siap.
Finish.
*kalo taknak guna kadbod paper, boleh print pakai kertas yang
keras sikit n then laminate  sebelum gunting. (tahan lama n lagi cantik)

Aku pakai kadbod je sebab malas nak kuar pegi laminate kat kedai.
Jimat kos. *sigh
Ok lah.
Nak cite pasal wedding photoprops ni je.
Panjang berjela pulak jadi nya.
Selamat mencuba.

Untuk tempahan, boleh :
email, pm, dm, sms,wasep.
Harga boleh bincang. :-p





30 May 2012

MAS KAHWIN

Assalamualaikum w.b.t


'' Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka "
(Surah An-Nisaa' -ayat 4)

Holla..Entree kali ni nak cite-cite pasal Mas kahwin atau dalam bahasa lain Mahar walaupun aku punya tajuk ntah pape je kan..Adeh..memang failed!! :P Disebabkan skrg ni kan musim org kawen,terdetik la kat hati nak tau pasal mas kahwin ni. Asyik duk dengar je org sebut kan.. Apa benda mas kahwin tu?? So,dengan tak segan n silu nya aku p la tanye kt PakCik Google..Zaman skrg kn sumenya dihujung jari anda saja..hehee.. 

Okeh..Bagi sape-sape yg masih taktau mcm aku ni, meh cini kita gtau.. Mas kahwin sebenarnya adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isteri dengan sebab perkahwinan. Tak kisah la dalam apa jua bentuk sama ada berupa wang, barangan spt Al-Quran atau sesuatu yg bermanafaat.. Terpulang kepada kedua belah pihak selagi mampu..

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun 
sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Tapi, kita kat Melesia ni kan dah ditetapkan jumlah mas kahwin mengikut setiap negeri masing-masing..Paling mahal pun negeri Selangor : RM300..Kalo nak bagi lebih drpd tu pun, tak salah u olls.. Lagi la kaum hawa ni suka..kan2.. :D Lagi satu, mas kahwin ni hanya untuk si isteri guna.. Takley bagi kat sape-sape. (if i'm wrong,plz re-correct me!!hihi)

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah"
(Riwayat Abu Daud)


Dahtu,duit hantaran pulak ape kebendanya?? Kalo kat negeri Slangor, hantaran tu adalah hadiah drpd suami kpd isteri sama ada dlm bentuk wang tunai/cek ataupun barangan..Kebiasaannya zaman skang ni paling murah duit hantaran maybe 5K kot..hihi.. I taktau nilai pasaran skrg brape ikut negeri..Kalo family aku, masih lagi bwh 10K..ops.. And kalo kt T'ganu,duit hantaran tu jd mcm maskahwin la,hak milik isteri. So, terpulang kt si anak perempuan tula nak gunakan duit hntaran sbgai belanja kawen or nak kaut untung sorg2..ha ha ha...Tapi kebiasaannya guna duit tu wat blanja kawen la kan..Beli itu ini.. :-8

Duit hantaran tu sbenarnya adat org melayu yg diamalkan sejak zaman berzaman lagi.. Berapa nilainya, parent yg akn tentukan..Tapi seeloknya ikut kemampuan pihak lelaki la kan.."Kalo anak dara tu keje kilang je,takyah la nak demand tinggi sgt.." hihi..Benda yg elok,watpe nak di sukarkan lagi kn? Tapi itulah situasi zaman skrg..Parent yg terlebih permintaannya..opss..Bersederhana dalam berbelanja kan lagi baik.. :)

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya"
(Riwayat Ahmad)

So,inilah saje kefahaman aku ttg mas kahwin n hantaran...Kalo ada silap,boleh perbetulkan..Adik masih lagi belajar ttg dunia..muahaha..Pesanan kat my mum, " Mie, nanti kite tunang taknak wat majlis besar2,juz family2 je..Takmo panggil satu kampung dtg..Tak suka tayang show sarung cincin segala bagai kt org ramai..Bila majlis kawen baru la kita heboh2 satu Tengganu.."kihkihkih..Mampos aku jap lagi kalo my mum tau.. O,o

"Jika tak keberatan awak nak jawab, apa awak nak sebagai mahar?
Kalau mahar yang awak nak tu bukan dalam bentuk wang ringgit."
"Saya tak mintak banyak,cukuplah sekadar dia mencintai saya
seadanya dengan setiap udara yang dia sedut
tanpa meletakkan saya melebihi ketaatan dia kepada
Allah,Rasul dan ibu bapanya."




"Kursus kawen?? 2015"





14 February 2012

KAWEN MUDA

Assalamualaikum..


SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?


Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?


Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.


Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.


Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?


Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.


Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?


Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


6. Macam mana dengan restu ibu bapa?


Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.


Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)


Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah. -Nik Hafizal


Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


p/s : Artikel ni aku jumpa kt laman facebook .Mohon share saudara NH.



"Terima kasih kerana 
menjaga hubungan itu.."

07 December 2011

TAHNIAH

Assalamualaikum...

TAHNIAH....

Kak Siti Hazar & Suami..

" SELAMAT PENGANTIN BARU !!! "
28 Nov 2011
@ Sabak Bernam

" Semoga berkekalan hingga akhir hayat.."



to my dearest sis..
congrates too..
Selamat Bertunang
Kak Nurul & Abg Iqbal..
~3 Dis 11~