26 December 2012

QASEH

Assalamualaikum w.b.t

Hola..
Lamanye tak update..
Dah bersawang blog aku ni..
Idea ada, tapi malas..
ngeeee

So, apa khabar??
Pemilik blog ni masih lagi wujud!
Sihat, Alhamdulillah..
Makin sihat sebenarnye!!
Masih lagi mengasuh budak!

3 hari lepas budak ni datang umah..
Qaseh
Si mata besar dan bulat!!!
Abang aku ada keje, so tumpangkan dia kat umah sekejap..
Takde pape nak buat and taknak bagi dia menangis kena tinggal,
ber-webcam-lah kami..haha
Asyeh macam teruja je dapat tengok muka sendiri kat lappy ni..
Sempatla snap pics budak ni macam-macam gaya!
J J J J


hi! it's me, TUAN QASEH NIAZAHRA J

Okes...
Itu saja nak oyak.....



"Hujan lagi"

09 November 2012

SELAMAT BERUMAH TANGGA

Assalamualaikum w.b.t

'' Selamat Pengatin Baru ''

Mabrook




#dengar lagu ni ase nak kawen gak..ahakss#

Tahniah

Mas & suami

Pn. Nazifah & suami

my sis & my BIL
Kak Nuyu & Ag Iqbal


Semoga bahagia hingga ke akhir hayat

-@___@-



"waiting for my turn"




09 October 2012

PANTUN DUA KERAT

Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk bulan Oktober rupanya. Sekarang dah sembilan haribulan. Means tinggal lagi sembilan belas hari sebelum kenduri kawen my sis. Takpe, letak tepi dulu pasal itu. Takmo bebel panjang-panjang tentang perkara yang takde kena-mengena dengan tajuk entree aku kali ni. Sigh**

Okes. Pantun dua kerat. Apakah??

"Pergi kedai beli barang,
Cikde Tein paling garang"

Haaa. Terkono den. Penangan cite Upin Ipin. Anak buah aku boleh pulak aplikasikannya kat aku. T__T Garang ke aku ni?? Huhuhu. Macam Kak Ros ke? Adela sikit-sikit. Haha. Terpekik-terlolong macam tarzan. Oh, itu semua dalam kes-kes istimewa saja ya anak-anak sekalian.

Awaz, anak buah aku yang kesembilan punya angkara wat pantun macam tu. Dia memang nakal. Sangat-sangat!! Tak makan saman langsung n suka wat Cikde dia ni mendidih je. Huaaa. Memandangkan hero-hero Tokku ramai lapan orang jer, dan semuanya hebat-hebat belaka, memang cepatla mak sedara korang ni mendidih tahap tak hengat dunia. Hahaa. Mempunyai anak-anak buah yang sedang giat membesar cukup-cukup menguji kesabaran aku. Bukan senang nak kawal semuanya bila dorang dah berkumpul ramai-ramai kat umah parent aku ni. Bila sorang berlari-lari dalam umah, yang lain sure ikut jugak. Kalo umah batu takpe la jugak, ni umah papan je sayang oi. Sekali berlari, macam nak roboh je. Geleng kepala, urut dada, istighfar banyak-banyak. T___T

 Budak-budak, hanya tau keseronokkan saja. Sepah sana-sini, lari-lari, lompat-lompat, adat la tu kan. Bila dah puas bermain, gaduh. Yang besar buli yang kecik. Ish3, uji keimanan betul. Makin dilarang, makin dibuat. Sabor jelah. Tapi kadang-kadang terhibur jugak dengan karenah mereka. Bukan selalu jumpa kan.

Aku ada terbaca satu artikel kat majalah WANITA. “BERHENTILAH MENJADI TARZAN DI RUMAH” Hamek kau, lagi sekali terkena. Sigh* Terjerit sana, terjerit sini, nak kawal anak-anak kecik kat umah kan. (Sapa yang ada anak-anak yang nakal taula kan macam mana situasi itu)  Betul la orang kata, budak-budak ni makin dilarang makin nak dibuatnya. Kekerasan bukan cara yang sesuai untuk mendidik mereka yang baru nak kenal dunia. Psikologi. Bermain dengan jiwa mereka. Cakap lembut-lembut, elok-elok biar meresap ke jiwa mereka. Hahaa. Adakah aku begitu?? I’m trying to do so so. Bluwek :P . Maap la anak-anak, mak sedara korang ni pemalu nak tunjukkan kasih sayang lebiy-lebiy  kat korang. (Muntah hijau). Aku cuba untuk kawal perasaan supaya tak jadi macam tarzan  lagi walaupun kadang-kadang terlepas juga. Heee. Cakap kuat-kuat pun tak jalan gak, so berlembutlah dengan mereka supaya mereka senang nak paham apa yang kita cuba sampaikan. Aku, nak berlembut?? Mesti anak-anak buah aku cakap ‘ bermimpikah kami semua ini??’ T___T

So, pasni aku akan pastikan takde dah pantun dua kerat ke tiga kerat ke empat kerat ke yang akan keluar daripada mulut-mulut comel mereka lagi. Hahaaa. Cikde pun takkan garang-garang (mungkin), buat perabih ayaq liuq jah. Yang penting, Cikde lap u’olls much-much more!!! J

Tengok, lain yang nak dicerita, lain pulak yang terkeluar. Selalu sangat otak n jejari montel ni tak selari. Hikhikhik. Letih,letih!! Maapla kalo ada yang pening  baca entree yang merepek-repek ni. I punya belog, sukati i lah nak conteng pape pun.. dushdushdush :D



“selamat maju jaya kepada adik-adik yang menduduki PMR bermula hari ni.”

“untuk my lil’bro, buat yang terbaik tau.jangan gaduh2 dengan akak lagi.
kite sambung pas habis exam plak..hihihi”

“untuk my niece, Kakak, cikde doakan yang terbaik jugak! 
Make ur parent proud okeh!”

JJJ

“Kau buat aku tersenyum”

30 September 2012

JANJI YANG PASTI

Assalamualaikum w.b.t


Wahai hati..
Bersabarlah dalam menanti..
Yakinlah janjiNya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yang kelak kan dimiliki..

Wahai jiwa..
Tenanglah dalam lara..
Percayalah bahawa janjiNya adalah nyata..
Jangan pernah ragu dengan kehendakNya..
DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2 Nya..

Wahai raga..
Tetaplah istiqamah dalam usaha..
Dugaan yang datang sedang menguji keimanan kita..

Seberapa sabar kita dalam menunggu..
Seberapa kuat kita saat bertatih..
dan seberapa tegar kita disaat rapuh..

Segala ujian dan cubaan dariNya tak pernah sia-sia..
Disebalik itu semua pasti ada hikmah dan barakahNya..
Bersabarlah wahai hati untuk suatu keindahan..

Kebahagiaan dan kegembiraan itu pasti akan datang untuk kita..
Di saat yang indah dan di waktu yang tepat..



::selamatharilahirCikTuandonat::



"Sebelum Engkau Halal Bagiku"




27 September 2012

KU PILIH HATI MU

Assalamualaikum w.b.t

 Dah lama tak menjiwakan diri..
Rehat-rehatkan badan sambil layan lagu ni.
Sampai tertido..huhu

OST SaifulNita- Samarinda TV3

Ussy & Andhika Pratama







"Dia yang Kau pilih"

19 September 2012

SIBUK SANGAT LOL :P

Assalamualaikum w.b.t


Hola..
Dah lama biarkan laman ini kesepian..
Sampai berhabuk..
Sampai tuannya dapat flu..
-nonsense-

Sangat-sangat sibuk !!

Kemas rumah tangga - raya
Jaga baby siang & malam
Buat assignment Kak Long
Shopping langsir & kelengkapan dapur yg baru
Kemas rumah lagi sebab renovate bilik baru utk wedding my sis (coming soon)
Mengecat rumah - luar & dalam

Sangat-sangat penat !!

Lepas ni, lagi sibuk!!
so, FULLSTOP..





*entreeyangmengarut*





"Maaf kerana tak dapat membalas kasihmu.."


02 August 2012

CUKUP SUDAH 90 HARI

Assalamualaikum w.b.t

Sunyi pulak hari ni.. Sedih pun ada ni.. 90 hari?? Macam tak percaya je pulak.. Pejam celik pejam celik, dah nak tamat tempoh perkhidmatan aku di sini.. 3 bulan aku bertapa kat umah akak aku ni duk jaga anaknya yang dah 6bulan tu.. Ada lagi beberapa jam sebelum bibik di hantar pulang ke kampung.. huwaaaaa

Hari ni aku duk sorang-sorang je kat umah.. Kemas apa yang patut sebelum balik.. Eicah  ada kat TASKA.. Sepatutnya Ahad minggu depan start hantar Eicah kat sana, tapi abang ipar aku suh letak dulu hari ni. PERCUBAAN.. Taknak bagi shock kalo tetiba hantar. Maklumlah si kecik tu dah pandai kenal sapa pengasuh dia.. Sunyinya dik hari ni.. T__________T


Beratnya hati nak lepaskan anak buah aku ni ke tangan orang lain pulak.. Acece, ayat macam apa je.. Yela, 3 bulan aku duk berdua dengan dia je. Hari-hari nengok muka comel mata bulat Eicah, mestila berat hati nak berpisah (macamla lepas ni dah tak jumpa).. ~_< Pasni rutin harian aku berubah la.. Bermanja dengan mak sendiri pulak..hihihi


Banyak kenangan n pengalaman selama 90 hari aku menjaga Eicah.. Paling takleh nak lupakan, tido dengan dia walau 1 malam je kat kampung.. Masa tu excited giler dapat jadi 'mak' sekejap.. Bangun tengah-tengah malam wat susu, tukar lampin dll, seronok walau tak cukup tido.. heheh.. Penat memang penat sebenarnya jaga baby, tapi best.. Bila dia meragam, bila dia lapar, bila dia ketawa, bila dia menangis, bila dia senyum, bila dia selalu inginkan perhatian, bila dia merengek tak suka ditinggalkan main sorang-sorang dan bila, bila, bila, bilaaa.... Kadang-kadang stress, kadang-kadang rasa nak meroyan je, tapi kepuasannya tetap ada. Dapat tengok perkembangan dia dari hari-ke hari, buat aku tak sabar nak ada anak sendiri.. hewhewhew


Nur Aisyah Batrisya, Cikde sayang adik ketat-ketat!! hehe.. Lepas raya nanti Cikde kena jaga adik Darwish pulak.. 2minggu je aku berehat.. Balik kampung bukan duk goyang kaki je, ada tugas lain yang menanti.. T_____T  Tolong jaga anak abang aku pulak 24hrs/7dys.. Macam nilah nasib aku selagi takde kerjaya sendiri..Tak kesah la, janji poket penuh.. hikhikhik.. Jaga anak-anak buah ni memang tradisi famili aku sejak turun-temurun (tangan kat bahu,mata ke atas)... :P



* Every child is speacial - they're not a burden ~



" I'm off "

01 August 2012

MINYAK KELAPA DARA - CATALYST

Assalamualaikum w.b.t


Bulan Ramadhan ni mesti ramai yang buat side income kan.. Jual itu ini untuk untuk tambah pendapatan bagi kegunaan hari raya nanti.. Cewah, puasa baru hari ke-12 dah sebut-sebut pasal raya.. So, apa kaitannya dengan entree aku kali ni pulak? Nothing.. Sekadar ingin berkongsi mengenai produk CATALYST- VIRGIN COCONUT OIL (VCO). Mungkin ada dalam kalangan anda-anda yang inginkan tubuh badan sihat, kulit muka cantik, berat seimbang sempena Aidilfitri tahun ni, boleh mencuba produk ni.. Act., benda ni dah lama kat pasaran, sengaja je aku nak post jugak kat cini.. huahuahua.. 


VCO?? Apakah?? VCO adalah salah satu produk terbaik keluaran Catalyst yang berasaskan minyak kelapa dara. Kelebihan VCO ini adalah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus di ambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tidak sekata, strechmark bagi wanita hamil dll..



Kebaikan VCO :
- Menghilangkan prut jerawat dan strechmark bagi wanita hamil
- Kulit tidak mengalami sebaranga masalah jerawat, berminyak dan kering
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
- Melembapkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- Sistem penghadaman lebih baik
- Melindungi tubuh daripada kanser
- Mengurangkan masalah senggugut
- Mengurangkan masalah tidur berdengkur


Produk VCO ni dibekalkan dalam 2 jenis iaitu VCO Softgel dan VCO Liquid oil.. VCO Softgel senang untuk ditelan (2kali sehari) dan VCO Liquid oil untuk disapu pada jerawat, parut atau selulit..



Khasiat menggunakan CATALYST COLLAGEN
- Membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoartrhitis
- Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
- Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut
- Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilat
- Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima

Kesan mengamalkan CATALYST COLLAGEN
- Kulit tidak berminyak tetapi tidak terlalu kering
- Dapat mengurangkan masalah jerawat
- Dapat mengurangkan kesan parut pada kulit
- Minda lebih cerdas dan pergerakan anggota badan menjadi lancar

Testimoni pengguna
Puan Hanita Jaafar. Beliau mengamalkan VCO + Collagen secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang halus, lembut dan licin.
Pic A: Alahan pada ayam dan seafood
Pic B: Sebulan selepas mengamalkan VCO
Pic C: Penampilan terbaru 2012

Untuk mengetahui adakah produk ini memberi kesan sampingan atau tidak, sila klik di sini  'JANGAN PANIK'

Jadi, apa tunggu lagi?? Kepada mereka-mereka yang inginkan perubahan sempena Aidilfitri ini, bolehlah mencuba produk VCO. Jika mahukan keterangan yang lebih lanjut, klik di sini 'FADZ@hijabhouse' atau 'FARAH' ... Selamat mencuba!!

* Aku bukan agen jual-jual produk ni.. Sekadar promote-promote je..hihi @_______@




Terpikat dengan ayat-ayat B
"Aku tau couple itu HARAM.."
"Buat dosa dgn org lain, kawen dgn org lain.."
"Taknak la mcm tu"
:: Thinking ::











27 July 2012

BERBUKA BERSAMA MERTUA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana masih lagi berpeluang untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Dah nak masuk 7 hari kita berpuasa. Cepat je masa berlalu sekarang. Semoga setiap hari dipenuhi dengan ibadat-ibadat sunat yang besar ganjarannya. Amin..

Okes. Berbalik pada tajuk entree kat atas tu.. BERBUKA dengan MERTUA??? Bila kau kawin cikTuan oi?? hehe.. Saja je buat gempak (gempak ker??).. Sebenarnya mertua akak aku la.. Tadi pertama kali berbuka dengan keluarga sebelah abang ipar aku. Dah tiga kali berbuka dengan famili aku, so kali ni belah sana pulak. Nantikan ada yang tarik muncung berdepa-depa.. hihi.. Hajat di hati taknak folo, tapi macam tak sanggup pulak kan kena tinggal n berbuka sorang-sorang.. So, pegi jela.. Bukan jauh sangat pun dari umah akak aku ni. Ajil - Felda Jerangau, tak sampai setengah jam pun.. Sama je jarak kalo balik umah famili aku. 

Lebih kurang pukul 6 lebih bertolak, singgah tepi jalan beli kuih itu ini, dekat pukul 6.40 petang sampai sana. Turut sama balik berbuka famili akak sulung abang ipar aku je. Nasib tak ramai, kalo tak segan jugak aku nih.. ngee.. So, total semua yang ada berbuka tadi aku, akak aku, abg ipar aku, anak-anak buah aku 4 org, akak ipar akak aku, biras akak aku, anak buah akak aku sorang n mak mertua akak aku.. Itu je.. Tak riuh sangat la.. Menu berbuka tadi pun simple je, masakan kampung.. Nasi putih, masak lemak pucuk ubi, ayam kampung goreng kunyit, ayam bandar goreng kunyit (utk mereka yg tak makan ayam kmpung), rojak perut, bubur lambuk, budu, kuih muih, kurma, air tebu, n air laici.. Sangat-sangat  menyelerakan walaupun makanan kampung je.. Semua aku bedal kecuali budu.. (segan sebab jauh sangat nak amik padahal feveret tu) kuikuikui.. Makan pun cover-cover je.. Kalo kat umah sendiri, semua benda aku capai je..hakhakhak (buruk perangai).. Dengan famili mertua akak aku pun dah segan-segan malu-malu, nanti kalo dengan bakal famili mertua sendiri macam mane?? hewhewhew (taknak bayangkan lagi ~,<) Tadi pun dah macam apa je, kejap-kejap di pelawa makan itu n ini.. "Fatin, makan la sayur tu.. Tak makan ke sayur tu?", "Fatin, tambah la lagi nasi tu..", "Fatin, tak makan bubur lambuk ke?", "Fatin, nak air apa?", " Fatin, fatin fatin..."(yg ni takde pun dlm dialog).... hikhik.. Dan reaksi aku, " Ya, ya, nanti makan.." Asik-asik angguk kepala je... Suara? Hampir tak keluar.. huhu.. Nebes mak... Takkan semua nak sumbat time tu jugak.. Pecah perut ai tau.. (yeke??)

Haha.. Agak pemalu di situ yer.. Adoi.. Sabar je la kalo dapat menantu macam aku ni.. Pemalu yg amat!! :P Oh tidak... Takpe, lambat lagi giliran aku.. Boleh praktis lagi.. kuakuakua.. Oh ya, lepas terawih tadi, pekena durian 2,3 bijik.. Memang superb la.. Sedap giler.. Segala macam makanan yang ada, aku telan je.. Amik hati tuan rumah.. hehe. So, nilah je motip aku karang panjang lebar entree kali ni.. Takde pun yang gempak-gempak sebenarnya.. @_@ Yang penting besok nak shopping.. Gaji dah masuk!! heheee

Bagi mereka-mereka yg dah kawen or bakal kawen or tak kawen lagi, meh kita layan cerpen ni.. Cerita ni tahun lepas punya, tapi saja-saja je nak flashback.. "RENDANG MENANTU" Walaupun raya lambat lagi, kot-kot ada yang nak praktis, layan jelah cerpen ni ya!! 




"Pesanan berbuka dari Dia"
Bahagia




20 July 2012

KITA JUMPA LAGI

Assalamualaikum w.b.t


Jiwa terusik..
Sungguh..
Hati tak pandai menipu..
Redhakah aku??
Past is past...
>___________<

Fullstop!!





::Ramadan kedua tanpanya::
"Al-Fatihah"

14 July 2012

THE DON'T QUIT

Assalamulaikum w.b.t



Tenang dan tenteram..
Ingat janji Dia..



::Makan malam::
Nasi putih
Ikan terubuk masin 
(goreng + cili kering,bawang besar + perahan asam limau)
Ayam goreng sos tiram
Sambal kicap

#Begitu menyelerakan walau hati :-/




"Life's is tough,handle with prayer"


12 July 2012

HARAPAN DAN IMPIAN

Assalamualaikum w.b.t


Walau kata-kata yg meniti di bibir ini menafikan,
tapi jauh di sudut hati sangat mengharapkannya..




Adakah mimpi itu akan menjadi kenyataan
yang menggembirakan atau sebaliknya?

-Hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buatku-
Ameen



"Panggilan rezeki"

10 July 2012

OLE-OLE DARI LANGKAWI

Assalamualaikum w.b.t


Sebut je Langkawi, mesti terbayang coklat-coklat
yg sedap dijual kat sana..
huhu
Memang benda tu pertama sekali terlintas kat otak..
Dan 3 benda nilah yg buat anak-anak buah aku gembira sakan..
Coklat
Coklat
Coklat
*sigh*

Pesanan yg dikirim dapat semalam..
So, kesian pintu fridge..
Asik-asik bukak tutup je 24jam..
Dan dengan jayanya, aku dah makan 10 biji coklat DAIM today..
T_______________T


VOCHELLE
Dapat 2 kotak n baru 2 keping selamat..
Not my taste :)


KISSES-HERSHEY'S
Dalam tu ada badam,tapi aku tak suke sangat..
Manis n tebal coklatnye..Kutip badam je i loike :P


DAIM!!
My favourite..
Coklat tak banyak sangat n very2 crunchy..

Maap..
Gambar-gambar di atas aku amik dari Google jer..
Dah makan banyak-banyak, malas nak snap pic sendirik..
hewhewhew



"Terima kasih daun keladi"


09 July 2012

RAGAM KAMI

Assalamualaikum w.b.t

tagged from Eyma

1001 kenangan..
Thanks Eymaji..
Mengembalikan kenangan dolu-dolu..
Terapi minda dan jiwa..
Hanya yang merasainya saja tau setiap watak yg dilukis..




"Lafaz yg tersimpan"

07 July 2012

30 MINIT BERSAMAMU

Assalamualaikum w.b.t

Panggilan rindu setengah jam?
Mungkin sekejap bagi pasangan yg tengah hangat bercinta..
Tapi,
bagi aku, sangat-sangat lama..
'Dead air'
T_______T

Ya, aku sedikit kekok..
Nak berbual mesra seperti dulu..
Maaf..
Walau baru 3 bulan kita tak bersua muka..
Sekadar SMS penghubung kata..
Yang pasti, rindu itu tetap ada..

Thanks B..



"Marang-Kuantan"



04 July 2012

BUKU BARU

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini 14 Syaaban. Malam ini masuk sahaja Maghrib adalah malam Nisfu Syaaban.. Jom Hayati hadis ini :

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" 

Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" 

Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." 
(Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.)

copy from FB..

Semoga segala amalan yang telah kita lakukan diterima olehNya..Amin.. 0-0




" Tiada apa yang diharapkan dalam hidup ini
melainkan menjadi hamba kepada yang Maha Esa'"







02 July 2012

TUMIS AIR SAYUR BAYAM MERAH

Assalamualaikum w.b.t

Tadi lunch, aku masak sayur bayam. Tumis air je.. Semalam akak aku beli seikat bayam merah.. So, tumis air je la kan.. Senang n simple jew.. Ini pun kali pertama aku masak.. Sebelum-sebelum ni mana pernah masak pakai sayur bayam.. Aku tak pernah makan pun..hehe.. Jadinya, try n error je la kan.. Masak macam nak buat tumis air sayur-sayur lain jugak.. Pepandai la modified jugekss.. T___________T

Bahan-bahan : 
Bayam merah (4 org makan)
Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk kasar)*
Bawang putih - 3 ulas (dihiris)*
Cili padi - 3 biji (ditumbuk kasar)*
Ikan bilis - segenggam (ditumbuk kasar)*
Air
Garam perasa secukupnya

Cara masak : 
Mula-mula, potong batang bayam yg keras tu n daunnya, bersihkan dan toskan. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak masak. Minyak dah panas, tumis bahan-bahan bertanda sampai garing/naik bau. Pastu masukkan air sebanyak separuh periuk (tak perlu terlalu banyak air, agak2 sendiri la ya!). Biarkan sehingga mendidih dan perasakan dengan garam ++ secukupnya (garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin). Dah mendidih, masukkan sayur bayam dan reneh sampai dah agak2 masak (tak perlu lama-lama masak bayam). Tutup api dan sedia untuk dihidang..

Ihsan@google


Okeh.. Itu cara aku masak.. Mungkin anda-anda di luar sana lain pulak kan.. Ikut citarasa masing-masing.. Dah siap masak, hidang dengan nasi puteh panas2, ikan cencaru goreng + udang goreng n budu.. Memang superb!! Hancus diet aku sebab ada penambah selera --> B.U.D.U  T______T


sekian.



"Dinner- KFC wif  mereka"






29 June 2012

BABY CONTEST

Assalamualaikum w.b.t



Haluuuu..
Dah tengok contest kat atas tu kan..
So, sapa-sapa yang berminat boleh join jugak..
tarikh tutup 13 julai 2012
Nak tau info selanjutnya, klik di bawah


Aku pun saja-saja jugak la send pic anak buah..
Sekadar memeriahkan album..
hihi

Tuan Qaseh NiaZahra
1tahun5bulan

Jangan lupa like pics kat FB..


sekian




"Menanti dengan penuh sabar"

TOLONG AJARKAN SAYA SEPEAKING!!

Assalamualaikum w.b.t

Hola..Speaking ENGLISH??? Hadoii, mampukah daku?? I'll try...acececeee.. Eh,kenapa tetiba nak cakap-cakap omputeh ni kak oi?? Kisahnya bermula macam ini.. Petang kelmarin aku dapat panggilan daripada seseorang (cett,skema punya ayat) :-/ Lebih kurang pukul 3 lebih kot, tengah syok-syok meng-online-kan diri, cik Merah aku ni tetiba melalak-lalak kuar lagu Trouble is a Friend tu.. Memang trouble betul la bila aku  nak jawab panggilan tu.. Dah la nombor line KL, si pemanggil pulak Chinesse maa.. (Dalam hati berdebor-debor dah ni, "jangan-jangan orang Celcom call aku tak? bil BB belum langsai habis lagi" adehhh.. ) Ahh,  layan jela dulu.. *sigh

cikTuan : Hello.. (dupdapdupdap hati i u'olls)
Mr.Unknown   : Hello, may I speak to Miss Tuan dot dot dot dot...? 
(mak aih,speaking lol)
cikTuan : Yes, i'm speaking.
Mr.Unknown : I'm ........ (aku tak dengar Inchi tu sebut nama dia apa.heheh).
I'm from Bla bla bla bla....., Kuala Lumpur
 (tak perlu kowt nak gitau nama company tu okeh).
cikTuan : Oh, ya? OK.
Mr.Unknown : We had received your resume -  
applying for medical........ 
I'm just want to make sure it first from you.. bla bla bla
cikTuan : A'ah.. I'm applying for that position.
Mr.Unknown : Ok. So, are you interested to working in KL? It's b'coz 
you're in Terengganu - refer to your resume, right?
cikTuan : Yes, i'm at Terengganu right now. (sambil anguk-anguk kepala)
Mr.Unknown : Ok. I'm just wanna check it before we call you for an 
interview bla bla bla bla bla.... (ntah apa lagi dia duk bebel-bebel, 
haku dah tak fokus n haku dah lupa.. tau-tau aku tanya Inchi tu macam ni..)
cikTuan : Ohh. When? (taktau pape,tetiba tanya bila..adeh..
dalam nada terkejut pulak tu) *sigh
Mr.Unknown : Act. we didn't decide when the interview bla bla bla bla.. 
I'm just called to know either you're bla bla bla bla... 
So miss, are you interested to come to KL if you get the iv?
cikTuan : Yes yes, I'm interested (blurr,tapi jawab gak.... 
interested ke interesting? bedal je.. *sigh)
Mr.Unknown : Ok then, anythings we'll contact and inform you later.. 
Thank you.. Bye....
cikTuan : Ok, bye!! klik 
(amik masa nak digest balik apa yg aku dah dengar tadi..)
hewhewhew

Hahaa..Itulah perbualan aku semalam.. I speaking London u'olls.. Tak penah-penah aku nak jawab phone macam tu,skali hamek ko.. Tergagap-gagap aku nak susun ayat sambil nak pikior perkataan-perkataan  yang sesuai.. Berpatah-patah Inchi tu cakap, sepatah dua jer aku balas sambil ulang-ulang ayat dia je..huahuahua.. Nasib kau la kan.. Gilak tak ready lagi nak speaking betul-betul (ceh,mcm la time present dulu kau tak speaking).. Tetiba kot.. Pasni sure kena get ready kalo dapat call 'unknown number' lagi.. heheh.. Dulu-dulu taknak blajar speaking betul-betul, skang kan dah ter-nganga-nganga..dushdushdush.. Mintak keje SWASTA, konpem-konpem ler kena speaking time temuduga.. Bukan kemain tulis dalam resume "Fluent in speaking Malay and GOOD in ENGLISH" hahah.. Dapat tak dapat I.V tu laen citer, yg pasti pasni tidak mesti tidak kena jugak praktis speaking..kiukiukiu.. Oh My English!!!! Nak kena panggil Zain Saidin la ni mintak ajarkan..cettt... Moral of the story, "practice makes perfect" hahahaaa.(nonsense) Sekian...








"Lidah melayu"

27 June 2012

SOMEONE LIKE YOU

Assalamualaikum w.b.t

Ihsan@google

I heard that you're settled down

That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over yet

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

Nothing compares, no worries or cares
Regrets and mistakes, they're memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead





"Genap 5 tahun  jika kita
masih ada jodoh "
No regret

16 June 2012

MY SECOND BFF

Assalamualaikum w.b.t

Hyep..Kali ni nak soseh-soseh pasal ape pulak? Tadi tengah-tengah syok menikmati angin petang sambil berbuai dengan Aisyah, tetiba teringat tentang talipon-talipon lama aku.. Hamboiii, bunyik macam banyak sangat je kan.. Kayo bonar akuw ni.. ngeee..So, nak sebar-sebar jugak la kat sini  walaupun tak bape nak menarik pun.. (takkesahkalokorangsukaketak).. Starting from I form 4 till now.. Agak dah bape banyak yer talipon aku ni..? Lets take a look.. *sigh

copy@Google
Ini talipon aku yang pertama aku guna time skolah dulu. Masa tu tengok kawan-kawan ada nSet, teringin jugak la nak pakai jugak walaupun tak mampu.. Baru form4 dah gediks-gediks nak pakai nSet.. So, aku bodek-bodek la abg aku cakap nak nSet..Dapat, tapi bukan hak milik kekal lagi..Share2 ngan akak aku dulu..Kira ni talipon turun-temurun la. 3 tuan pakai talipon ni.. Last sekali talipon ni hilang time aku form5. Kapten Aspuri rampas n then taktau macam mana boleh hilang..hrmmm..tapi masa tu bukan aku yang guna, my bff yg guna..Nasib2.. Miss u cikPuteh..

copy@Google
Lepas tu,aku pakai yang ni pulak. Nokia lagi..Yang ni aku pakai masa form5..Kira masa tu aku pakai 2 nSet la.. cikPuteh n N3200 ni.. Talipon ni pun abg aku yg no.3 punya..Warisan lagi..hahaa.. Aku suka sangat nSet ni sebab keypad dia bulat-bulat bujur gituw.. Ada camera n infrared + radio.. Huhu.. Zaman gigibiru belum mampu nak miliki lagi masa tu..huahuahua.. Lama jugak la bertahan talipon ni sebelum hancoss dikerjakan oleh anak buah aku.. 2008-2010..


copy@Google
Haaa... Aku sempat jugakla merasa nak pakai talipon paling antik n tahan di abad ini.. Pelik kan, patutnya aku pakai yg ni dulu pastu pakai yg sebelum-sebelum ni.. ngee.. N3310 aku wat spare je pon.. Masa dah habis SPM dulu, aku ada 2 nombor. So, kebetulan talipon ni takde sapa nak guna, aku pakai la utk nombor aku yg satu lagi tu.. Dulu kan celcom tengah hot dengan nombor2 upax, aku pun taknak ketinggalan la beli jugak.. Nombor aku yg 1st aku guna kat talipon N3200 tu.. Yang tu utk family n ehem2 (skang dah takde) n yg d atas ni utk kwn2 skolah.. Aku dah pass nSet ni kat anak buah aku pulak tahun lepas..

copy@Google
Okeh..Zaman dah semakin maju, aku pun beralih angin jugak. Pakai yg ni.. Hasil duit sendiri,aku beli Nokia 2330 classic pulak.. Yg ni aku pakai masa belajar kat U.. Setahun je aku pakai sebab akak aku nak tukar dengan dia punya..Yg kat bawah tu.. Tapi sayang, dapat kat dia terus jahanam talipon ni..huwaaa... Redha je..T_______T

copy@Google
Talipon Sony ni akak aku yang punya.Dia gediks-gediks nak tukar ngan aku punya..So,aku pakai yang ni sampai awal sem 3. Pastu tukar balik pakai Nokia2330 tu.. Dah nazak sangat aku decide nak beli yg lain pulak.. Banyak pulak duit aku ni asik nak tukar nSet je..hihihi..

copy@Google
Lepas bodek2s akak aku a.k.a majikan aku sekarang ni, dapat la beli yg ni.. Masih lagi Nokia menjadi pilihan hati.. hehe.. Aku memang suka jenama ni.. Taktau la sebab apa..Tapi talipon ni bertahan sebulan dua je.. Pastu aku tukar lagi.. hahaaa.. Ada sebab2nya kenapa aku tukar lagi..Malas dah nak citer..

copy@Google
Then, bermulalah era jenama CSL di tanganku..huhu.. Yang ni dengan tidak disengajakan aku membeli nSet ni sebab dah terdesak.. *sigh Mula-mula aku taknak beli,tapi disebabkan nSet ni dual simcard, aku rembat jela.. So, senang utk aku sumbat je nombor Maxis n Celcom aku kat cini.. Dah 2 tahun aku pakai yg merah ni, masih lagi bertahan sampai sekarang (dalamhatidahmembuak-buaknaktukarpakainokiapulak).. Sabar.. Kalo nak pakai yg lagi canggih,tunggu kau keje dulu.. T_______________T

Maka, ini sahajalah talipon-talipon yang pernah digunakan dan yg masih digunakan lagi oleh budak debab nih.. heheee.. Bagi aku, kalo dapat yg buleh guna utk calling2 n messaging2 pun dah cukup..Kalo ada camera, wifi, n lagi canggih2 tu bonus la.. Buat masa ni, aku tak pandang sgt talipon2 ni.. Kdg2 merata-rata aku campak sampaikan bateri habis pun aku wat taktau je.. Nak topup? Lagi aku malas..hahaaa.. Sekian..


*Tahniah n syabas kalo ada yg baca entry yg merapu-meraban ni sampai habis!!
* Maap kalo ada yg muntah hijau..euwwww



"Dulu Kau sgt penting!!"