19 December 2013

THE MEANING OF LIFE

Assalamualaikum w.b.t

Hola.
Seperti biasa, lama tak hapdet.
(Ayat yang cliche)
*sigh
Last updated 1st Nov.
Lepas tu terus menyepi.
Kann

Sebulan lebih mencampakkan diri ke sana sini.
**SENGAJA
Beri peluang pada diri sendiri untuk mengenal dunia.
Ceh, ayat macam ape jer.
#throwback
BERCUTI.
Dari Ajil, balik Marang sekejap.
Lepas tu terus bercuti.
Unplanned holiday.
KL-S'GOR-JOHOR-MELAKA-N.9-KL-PAHANG-T'GANU
Tapi paling lama aku stay kat JB.
Tersangkut kat situ.
Now, tercampak balik ke Ajil.
Tapi besok balik marang dah.
Special request from BIL.
Lepas tu, mungkin ke JB lagi 27hb ni.
InshaAllah.
Ada urusan di sana.

Okeh.
Bab2 merepek merapu takde hape nak tulis memang aku suka.
Saja-saja nak memenuhkan blog achieve  untuk tahun ni.
Maybe this is my second last entry for 2013.
Nak merangka perubahan untuk achieve 2014.
Nanti last entry 2013 aku story kalau rajin.
Hanya merancang.

LBNL,
jom layan video kat bawah ni.
My fren, SF, shared video nih kat fb.
Sangat2 touching.
Sangat2 meaningful.
So, aku kan rajin bab godek2 cari kat youtube.
Jumpa.
Let's check it out.
Sharing is caring.

:: THE MEANING OF LIFE ::





"Allah, The Creator of the everything along with every single soul"

"Dont ask any questions, just go with the flow"

"READ. Until your last breath"

Deep



'Termenung sejenak dan hujan"




01 November 2013

OVERNIGHT

Assalamualaikum w.b.t


Salam November.

Kejap je masa berlalu kan.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 11.
Dan sekarang dah 3:32 pagi.
Wah, dah bape malam aku stay up.
Mengalahkan orang yang tengah study.

Lagi 2 hari aku kat sini.
Ahad depan akan dihantar pulang ke kampung.
Hampir tamat tempoh perkhidmatan aku kat sini.
*inisemuapoyo*
Ikutkan hati nak je stay lelame kat sini.
Sebab ade tenet free.haha
Tapi tak boleh la, nexweek ada iv keje kat key ell.
gediks nye.
Kali ni punye iv, aku nekad nak pegi.
Semangat tengah berkobar-kobar ni.
Hopefully berjaya la kan.
Amin.

Malam ni OFF menjahit.
Dah bape malam dah aku berjaga.
Malam ni nak rest.
Tempahan pun dah tak amik sebab nak balik kampung dah.
Tinggal saki baki tempahan minggu lepas je lagi.

Oh ya, sebelum mengundur diri, ni aku nak share bantal yang aku jahit sendiri.
Hadiah untuk besday Mia raya haji hari tu.
Buat dalam keadaan penat dan tak kreatif pun.
Tapi demi anak buah tersayang, cikde gagahkan jugak siapkan hadiah.
Pestime buat hadiah harijadi sendiri.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Tuan NurDamia Hanim
Semoga jadi anak yang solehah dan berbakti pada ibu dan ayah.

Yang ni Adam. Bukan Mia.
 Saje menyelit dengan muka takde perasaan.

NURIY
My bisnes partner merangkap assistant merangkap promoter.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Nak order?

Email : tuandonat_91@yahoo.com
or
Add/pm me @ FB



25 October 2013

KEYCHAIN FELT

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jumaat yang indah.
Semoga rezeki makin melimpah.
Amin


##################################

Dalam entree yang lepas-lepas aku ada mention pasal projek dengan Nuriy kan.
Jadinya, entree kali ni lah aku nak story.
Dah seminggu projek ni berjalan.
Alhamdulillah, mendapat sambutan.
FYI, sekarang aku jalankan bisnes KEYCHAIN kain Felt.
Kalo taktau, korang boleh gugel.
Alah, benda ni dah lama ada kat pasaran,
Aku je baru berjinak-jinak join.
Bisnes ni aku kongsi dengan anak buah aku, Nuriy.
Sasaran kitaorang buat masa ni budak-budak skolah.
Saje-saje aku buat sementara takde keje lagi kan.

Sebelum nak start bisnes ni, banyak gak aku buat survey.
Maklumlah, aku bukan pro dalam bab-bab menjahit ni.
Basic je aku tau.
Zaman skolah dulu tak amik ERT, aku budak PK.
haha
Dalam kepale hotak hanya ada bisnes, bisnes dan bisnes.
Banyak la refer blog-blog lain untuk aku yang tak bape mahir lagi ni.
Sebelum nak jual, kena la praktis dulu.
So, nilah hasilnya.
Masih dalam proses percubaan.

Keychain L.O.V.E
1. LOVE biasa
2. LOVE + nama
3. LOVE + manik
4. LOVE + manik + nama
Keychain B.U.N.G.A
1. BUNGA biasa
2. BUNGA + nama

Keychain RECTANGLE
1. RECTANGLE biasa
2. RECTANGLE + nama

Untuk permulaan ni, hanya ada 4 color je.
Biru,merah,pink dan kelabu.
Design pun baru 3.
Tapi kalo ada yang request nak design lain pun boleh.
Hari tu sempat la buat Bantal untuk besday's gift.
Lain entree aku upload.
Pic ade dalam hp abang aku.


Yang ni tempahan daripada kawan-kawan Nuriy.
Ada lagi yang belum siap.
Nak kena restock bahan-bahan dulu.

Kalo korang pun teringin nak blaja dan buat sendiri
boleh refer SINI .
Dan kalo korang nak blaja menjahit boleh klik SINI .

Selamat mencuba.



*Kalo berminat nak tempah dan beli,
boleh email atau pm FB cikTuan*

Email : tuandonat_91@yahoo.com










24 October 2013

HOMEMADE SNACK - POPIA NESTUM

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang u'olls.
Wahhhh
Rajin pulak aku hapdet belog bulan ni kan.
haha

Ok.
Kali ni nak share resepi pulak.
2 hari lepas aku buat popia nestum.
Anak-anak buah request nak makan.
Dah nak masuk 2 bulan aku kat sini, baru kelmarin dapat tunaikan.
Sorry anak-anak.
Cikde sibuk n opkos la malas nak buat.
hihihi
Actually benda ni senang je nak buat asalkan ada bahan utama.
Kulit popia dan nestum.
Tapi kali ni aku tambah letak milo.
Kasi ada rasa coklat-coklat sikit.
Then, cara nak buat gugel je.
Aku pun baru tahun lepas belajar buat nih daripada classmate, Haida.
Buat untuk raye.
Berminat nak cuba buat lepas try makan yang dia bawak mase zaman blaja dulu.
Bila dah tau buat n anak-anak buah suka, selalu la mintak nak makan lagi.
Benda ni sekejap je habis kalo buat.
Oke lah.
Taknak sembang panjang-panjang.
Let's check it out.

J POPIA NESTUM + MILO J

Bahan :
Sebungkus kulit popia
Nestum 
(yg biase tu je)
2 sudu besar serbuk milo
1 sudu besar gula
Tepung & air
(bahan pelekat)
Minyak masak

Cara-cara : 
1. Amik sekeping kulit popia dan gulungkan sampai habis. 
2. Sapukan bahagian hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.
3. Ulang step 1 dan step 2 sampai habis kesemua kulit popia.
4. Potong serong semua gulungan kulit tadi.


5. Panaskan minyak dalam kuali, then goreng sampai agak-agak dah garing.
6. Bila kulit popia dah bertukar perang, angkat dan toskan sampai kering minyak.
7. Biarkan sejuk seketika.
8. Sementara tunggu popia sejuk, blend nestum,milo dan gula sampai halus (campurkan).
9. Bila popia dah sejuk, gaul dengan campuran serbuk tadi.


10. Siap. Tadaa

penataan cahaya kurang memuaskan L

Nilah hasilnya.
Aku buat 1 bungkus kulit popia.
Dalam tu ada 50 keping.
Boleh la 1 tupperware ni.
Stok untuk seminggu.
Senang, nak makan dah ready made.
Homemade snack.
Kos buat tak sampai RM10 pun.
Kalo beli kat luar, mahal gak and ciput je.
hehe
SELAMAT MENCUBA J



*nota kaki*
Sukatan nestum,milo,gula ikut selera masing-masing.
Nak lebih manis,lebih serbuk, sila tambah sendiri.
Yang kat atas just nice. J
Boleh jugak gantikan nestum dengan cornflakes.





"after 3 years. ???"