15 March 2011

PESANAN INI

Assalamualaikum..

Tolong sampaikan pada si dia..

Tolong BAGITAHU si dia ada pesanan buatnya..
Tolong BAGITAHU si dia, cinta AGUNG adalah cintaNYA
Tolong BAGITAHU si dia, cinta MANUSIA bakal membuatnya ALPA..

Tolong NASIHATI si dia,
jangan MENYINTAIKU lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong NASIHATI si dia
jangan MENGINGATIKU lebih dari dia mengingati Yang Maha Esa..
Tolong NASIHATI si dia
jangan MENDOAKANKU lebih dari dia mendoakan IBU BAPANYA..

Tolong KATAKAN pada si dia
dahulukan ALLAH kerana di situ ada SYURGA..
Tolong KATAKAN pada si dia
dahulukan IBU BAPANYA kerana di telapak itu SYURGANYA..

Tolong INGATKAN si dia
aku terpikat kerana IMANNYA bukan RUPA..
Tolong INGAKAN si dia,
aku lebih cintakan ZUHUDNYA bukan HARTA..
Tolong INGATKAN si dia
aku kasihinya kerana SANTUNNYA..

Tolong TEGUR si dia,
 bila dia mula MENGAGUNGKAN cinta MANUSIA..
Tolong TEGUR si dia,
 bila dia TENGGELAM dalam ANGAN-ANGANNYA..
Tolong TEGUR si dia
andai NAFSU mengawal FIKIRANNYA..

Tolong SEDARKAN si dia
aku MILIK Yang Maha Esa..
Tolong SEDARKAN si dia
aku masih MILIK KELUARGA..
Tolong SEDARKAN si dia,
TANGGUNGJAWABNYA besar kepada KELUARGANYA..

Tolong SABARKAN si dia,
usah CINTA di kala CITA-CITA belum TERLAKSANA..
Tolong SABARKAN si dia
andai diri ini enggan DIRAPATI kerana menjaga BATASAN cinta..
Tolong SABARKAN si dia
bila JARAK menjadi penyebab bertambah RINDUNYA..

Tolong PESAN padanya
aku tak mahu menjadi FITNAH BESAR kepadanya..
Tolong PESAN padanya, 
aku tak mahu menjadi PUNCA kegagalannya..
Tolong PESAN padanya
aku MEMBIARKAN Yang Maha Esa MENJAGA dirinya..

Tolong KHABARKAN pada si dia
aku tak mahu MELEKAKAN dia..

Tolong KHABARKAN pada si dia, a
ku mahu dia BERJAYA
dalam IMPIAN dan CITA-CITANYA..
Tolong KHABARKAN pada si dia,
 jadilah PENYOKONG dalam KEJAYAANKU..

Tolong SAMPAIKAN pada si dia,
aku MENDAMBAKAN cinta suci yang terjaga..
Tolong SAMPAIKAN pada si dia,
hubungan ini TERJAGA selagi dia MENJAGA hubungannya dengan Yang Maha Esa..
Tolong SAMPAIKAN pada si dia 
kerana aku TAK MAMPU memberitahunya sendiri..

Hanya ENGKAU Ya Allah mengetahui SIAPA si dia..
Moga PESANANKU sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui
siapa dan di mana si dia..
Moga si dia seekor lebah yang sentiasa
MEMUJI keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki TAMAN LARANGAN dengan sopan santunnya
dan bertemu MAWAR BERDURI yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah PESANANKU ini sehingga
engkau BERTEMU diriku suatu hari nanti....












No comments: