24 October 2013

HOMEMADE SNACK - POPIA NESTUM

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang u'olls.
Wahhhh
Rajin pulak aku hapdet belog bulan ni kan.
haha

Ok.
Kali ni nak share resepi pulak.
2 hari lepas aku buat popia nestum.
Anak-anak buah request nak makan.
Dah nak masuk 2 bulan aku kat sini, baru kelmarin dapat tunaikan.
Sorry anak-anak.
Cikde sibuk n opkos la malas nak buat.
hihihi
Actually benda ni senang je nak buat asalkan ada bahan utama.
Kulit popia dan nestum.
Tapi kali ni aku tambah letak milo.
Kasi ada rasa coklat-coklat sikit.
Then, cara nak buat gugel je.
Aku pun baru tahun lepas belajar buat nih daripada classmate, Haida.
Buat untuk raye.
Berminat nak cuba buat lepas try makan yang dia bawak mase zaman blaja dulu.
Bila dah tau buat n anak-anak buah suka, selalu la mintak nak makan lagi.
Benda ni sekejap je habis kalo buat.
Oke lah.
Taknak sembang panjang-panjang.
Let's check it out.

J POPIA NESTUM + MILO J

Bahan :
Sebungkus kulit popia
Nestum 
(yg biase tu je)
2 sudu besar serbuk milo
1 sudu besar gula
Tepung & air
(bahan pelekat)
Minyak masak

Cara-cara : 
1. Amik sekeping kulit popia dan gulungkan sampai habis. 
2. Sapukan bahagian hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.
3. Ulang step 1 dan step 2 sampai habis kesemua kulit popia.
4. Potong serong semua gulungan kulit tadi.


5. Panaskan minyak dalam kuali, then goreng sampai agak-agak dah garing.
6. Bila kulit popia dah bertukar perang, angkat dan toskan sampai kering minyak.
7. Biarkan sejuk seketika.
8. Sementara tunggu popia sejuk, blend nestum,milo dan gula sampai halus (campurkan).
9. Bila popia dah sejuk, gaul dengan campuran serbuk tadi.


10. Siap. Tadaa

penataan cahaya kurang memuaskan L

Nilah hasilnya.
Aku buat 1 bungkus kulit popia.
Dalam tu ada 50 keping.
Boleh la 1 tupperware ni.
Stok untuk seminggu.
Senang, nak makan dah ready made.
Homemade snack.
Kos buat tak sampai RM10 pun.
Kalo beli kat luar, mahal gak and ciput je.
hehe
SELAMAT MENCUBA J



*nota kaki*
Sukatan nestum,milo,gula ikut selera masing-masing.
Nak lebih manis,lebih serbuk, sila tambah sendiri.
Yang kat atas just nice. J
Boleh jugak gantikan nestum dengan cornflakes.





"after 3 years. ???"






18 October 2013

CERITA AIDILADHA

Assalamualaikum w.b.t


Selamat Hari Raya AidilAdha


Baru ada masa nak bukak belog.
Hopefully, masih belum terlambat la nak ucap selamat kan.

Raya haji tahun ni sangat-sangat sibuk.
Cuti seminggu pun dah tak macam cuti je.
Ada keje memanjang.
Tak menang tangan.
Memulanya kunun-kunun nak balik berehat, tapi takde maknanyer.
Pagi petang siang malam ada je orang panggil.
Hiperbola betul aku story. haha

Raya tahun ni buat nasi beriani, kuah dalca dan ayam goreng berempah.
First time blaja buat sendiri.
Tapi resepi dari Kak Nurul la.
Sebelum dia balik umah her PIL kat Segamat,
sempat la menuntut ilmu masakan dulu.
Takde la aku terkial-kial nak masak sorang-sorang kan.

Pagi raya menu nasi beriani.
Tengahari pulak giliran abang2 dan kakak2 pulak masak.
Tahun ni, Ku buat korban.
So, dapat la daging tulang.
Menu tengahari simple je.
Sup tulang gear box, daging bakar, daging goreng merah dan nasi putih.
Alhamdulillah la, menu pagi dah licin w/pun masak campak2 je.
kombang sa-taman
Sup tu abang2 ipo yg masak.
TERBAIK !!

Lembu korban.
Semangat ayahanda tarik tali.
Abang Repu tukang sembelih.
Yang tengah cekak pinggang tu Abg Ude (2pupu)

Melapah time
Home sweet home (purple)

Seperiuk besar sup

Terselit sekali kuah dalca

Malam pulak tak makan dah.
Aku la.
Kononnye diet.
Siang beraya, malam sambung kembali buat karipap.
Takde cuti-cuti bos cakap.

Jadinya, ni jelah cerita AidilAdha aku untuk tahun ni.
Takde motif.
haha
Lepas raya, kembali fokus pada bisnes.
Projek dengan Nuriy pun dah mula buat slow-slow.
Next entry la aku cite.
Kena siapkan menjahit dulu.

typing's off










10 October 2013

AGENDA OKTOBER

Assalamualaikum w.b.t

Salam Oktober.
Salam Zulhijjah

Dah nak masuk 10hb.
Dengar2 esok gaji masuk ye?
Wallah
Masa untuk menggoda mereka2 yg berkenaan.
haha
nonsense

So, apa cerita cikTuan?
hmmmm
FYI u'olls 
ai sikalang dah start buat online bisnes.
Tapi secara kecil-kecilan jela.
As a dropship agent.
Idea ni muncul tiba-tiba je.
Takdenye nak saing2 dengan sapa-sapa.
Sekadar mencuba nasib dan untuk topup side income.

Jadinya, baru nak masuk seminggu la aku jadi ejen nye.
Sambil-sambil jage si kecik nih, sempat la promote2 barang jualan kat fb tuh.
At least masa aku tak terbuang sangat.
Laku ke tak laku, belakang kire.
Dan, terima kasih kepada yang bagi sokongan.

Barang-barang yang aku jual takde la banyak sangat.
Barang2 kaum pompuan.
Baju muslimah, jubah, tudung, handbag, dress, blouse, seluar  dll.
haha
Tak banyak pun kan. kan? kannn?

Last update besok la.
Jumaat aku dah start cuti.
Bos kasi balik kampung awal.
yehaaaa
Tapi takdela cuti sangat sebab kat kampung pun dah ade job yg menanti
Takpe, rezeki jangan ditolak.

Last but not least
Kalo ada yang berminat nak tengok, boleh add fb aku.
Hanya yang friends je boleh tengok.
Rugi tau sapa2 yang tak tengok.
Jangan lepaskan peluang yer.

Nak upload kat sini tak sempat lagi.
Ni pun curi2 update sebab anak dah tido.
InshaAllah lepas raya nanti.
Selamat malam.



"Next project with Nuriy"










30 September 2013

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Assalamualaikum w.b.t

Isnin
30 September 2013
bersamaan
24 Zulkaedah 1434 H

ehem ehem ehem
*
*
*
SELAMAT HARI JADI 
cikTuan

22 y/o already.

Alhamdulillah.
Syukur masih dipanjangkan usia.

Boleh kawen dah nih
tetttt

Ok, back to the main topic.
Sempena besday aku hari ni, apa kata kita check-it-out 
kajian yang telah dibuat oleh
Dato Fadhilah Kamsah 
tentang rahsia bulan kelahiran.
Tapi,
untuk bulan September jela yer.
Lain-lain bulan boleh refer kat SINI.
v
v
v
v

:: SEPTEMBER ::

# Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
(Sopan ker??)

# Sangat cermat, teliti & teratur.
(erk??)

# Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
(sigh*)

# Pendiam tapi pandai bercakap.
(mungkin)

# Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
(not cool but cold.hahah)

# Sangat prihatin & terperinci, amanah, setia serta jujur.
(memang setia!!)

# Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

# Sangat sensitif yang tidak diketahui.
(agree)

# Orang yang banyak berfikir & suka mencari maklumat.
(it's me)

# Otak bijak & mudah belajar.
(not me P)

# Kawal diri daripada terlalu mengkritik.

# Pandai mendorong diri sendiri.

# Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
(dia)

# Suka sukan, hiburan & melancong.
(100% setuju)

# Kurang menunjukkan perasaannya.
(depends on)

# Terluka hatinya sangat lama disimpan.
(hmmm)

# Terlalu memilih pasangan.
(opkos.haha)

# Sukakan benda yang luas.
(i Loike)

# Bersistematik.

Haa, tu dia.
Takde la seratusperatus tepat dengan diri aku.
But, almost.
haha
Tepuk dada tanya iman.
erk.

Kawan-kawan aku yang lahir bulan September ramai la jugak.
Ingat-ingat lupa.
Anyway,
happy birthday.
happy belated birthday.

Tengkiu yang ingat dan ucap selamat.
Semoga Allah rahmati dan berkati kalian.
Sayang u olls.

JJJJJ

Terima kasih Ya Allah.


"Harapan & impian"
-Hanya dalam doa-